Komen tentang Neelofa, Mawar Rashid akui tersilap tulis, ayat tak clear

3,424 views

Menerusi satu komen di laman Instagram, Mawar Rashid dilihat ada back up Neelofa dan mengeluarkan ayat bahawa dia harap semuanya selesai dengan baik.

Namun ada ayatnya yang mengatakan harapkanya Neelofa tak dipenjara kerana dia merupakan seorang yang banyak buat kebaikkan kepada agama.

Akan tetapi, netizen dilihat kurang setuju dengan komen yang ditulis oleh Mawar Rashid itu. Kata netizen walaupun dia ada buat baik, itu bukan tiket untuk sesuka hati langgar SOP yang ditetapkan.

Setelah ianya menjadi viral dan mula menerima reaksi dari netizen, akhirnya Mawar Rashid akui ada salah faham yang berlaku.

Jelas bekas peserta Dewi Remaja ini menjelaskan dia tulis komen namun telah disalah tafsir sebab tak penuh.

Mawar meminta maaf dengabn penulisannya itu, dan buat penjelasan di satu entry di laman Instagram miliknya.

“Harap semua bertenang, ada salah faham yang berlaku. Dan sebenarnya Mawar pun silap sebab tak tulis dengan betul malah ayat pun tak penuh sehingga buatkan kamu semua marah dan hentam Mawar. Maaf ye semua.”

“Baca balik berkenaan komen Mawar iaitu ‘harap dapat selesai dengan cara baik’. Maksud Mawar ialah jika kena kompaun lagi, memanglah mesti kena bayar. Namun jika pihak mahkamah putuskan dipenjara, Mawar respect keputusan tersebut.”

“Namun jikalau kita berbicara tentang penjara ni ianya berbunyi agak menakutkan. Mawar pun rasa takut dengar. Kerana Mawar ni cepat rasa kesian pada orang.”

“Mawar kesian dan simpati kat frontliner, serta semua yang terlibat dalam wabak ni. Apatah lagi kes sekarang dah naik, lagi lah Mawar risau.”

“Dan Mawar tidak bermaksud pun nak cakap kerana dia selalu berjuang berkenaan isu Palestin tu, dia boleh langgar SOP, yang salah tetap salah. Mawar hormati segala keputusan mahkamah untuk yang telah didapati bersalah.”

“Maaf sekali lagi kerana kenyataan tak jelas yang dikeluarkan Mawar. Jaga diri semua, Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.”

Itulah kenyataan balas dari Mawar setelah dihentam dengan netizen kerana cuba back up Neelofa.