Kronologi: Sebab bising, founder produk kena simbah air sirap ketika live

4,998 views

Dah dah satu lagi video baru yang menjadi viral di laman media sosial pada hari ini. Kisahnya apabila ada seorang founder kecantikkan yang sedang buat video live, telah disimbah air sirap oleh seorang customer ketika berada di satu kedai makan.

Video itu menunjukkan seorang pengasas produk bernama Eein telah dimarahi oleh seorang lelaki yang sedang makan berdekatan dengan mejanya.

Kronologinya bermula apabila Eein bersama seorang rakannya sedang makan nasi sambil buat review melalui live Facebook miliknya.

Pada mulanya semuanya berjalan okey, dan Eein sempat berceloteh ketika menjamah nasi daging untuk dibuat review.

Kemudian, ada seorang pelanggan lain di sebelah meja Eein yang agak berang dan kurang senang dengan Eein yang dikatakan tak hormati pelanggan lain kerana bersuara kuat, agak bising.

Ada beberapa kali pelanggan berkenaan menegur Eein tentang hal ini, namun Eein mengatakan dia sudah pun dapat kebenaran dari owner kedai makan itu untuk buat review sambil live.

Eein kemudian ada berborak bersama viewer di live, dan mengatakan sesuatu yang membuatkan lelaki di sebelah meja itu berang.

Dari video, Eein ada mengatakan lelaki itu dengan gelaran kurang baik dan tak boleh tengok dia nak buat duit.

Mendengar kata-kata dari mulut Eein itu, lelaki berkenaan terus datang dan menyimbah air sirap ke arah Eein dan menarik bajunya sampai membuatkannya terjatuh dari kerusi. Dapat dilihat air sirap itu terkena di baju Eein dan makanannya.

“Orang lain nak makan, kau tau tak hormat tu apa, tak puas hati tu mari sini”. Itulah antara kata-kata dari pelanggan berkenaan.

Mereka kemudian dilihat ada berbalas kata-kata dan kemudian ditenangkan. Lelaki kemudian dilihat menaiki motor berlalu pergi. Eein kemudiannya teruskan makan dan buat review juga.

Pihak kedai makan juga ada mengeluarkan video insiden berkenaan dan meminta maaf kepada semua customer kerana adanya insiden itu.

Ini videonya dari pemilik kedai makan.

Selain video di atas ini pula video penuh ketika Eein sedang buat live di laman facebook.

Kang dah mendapat tuOk guys Lepas ni kalau nak buat live tu hati2 ye… Cakap tak tengok kiri kanan maaf nak tergelak pon ade

Posted by Kaki Downtown on Friday, October 9, 2020

Sementara itu Eein di katakan akan buat report polis tentang insiden ini tak lama lagi.