Awal akui Lara Alana mula berubah, cemburu dengan adik dalam kandungan

2,802 views

Awal Ashaari mendedahkan bahawa anak sulungnya Lara Alana telah mula ada tunjukkan sikap seakan cemburu kepada adiknya, yang mengikut rancangan akan lahir ke dunia ini sekitar bulan Februari tahun 2021.

Tentang Lara, kanak-kanak 6 tahun itu mengatakan dirinya kini umpama kurang dapat perhatian dari Scha Alyahya, yang mana sedang mengandung anak kedua dah masuk empat bulan usia kandungan.

Ini pendedahan dari Awal Ashaari tenatng perubahan Lara Alana.

“Dapat dilihat, pada mulanya, Lara Alana nampak seronok. Namun, dua ke tiga minggu ini dia kelihatan lebih cepat merengek dan dahagakan lebih perhatian. Lara ada tanya kat saya, mengapa apabila dia cakap dgn ibunya, tapi kadangkala tidak dilayan.

“Saya bgtau padanya tentang bayi dalam kandungan Scha dan Lara mula lebih memahami keadaan. Sementara itu, pada masa sama, dia ada tanya, lepas ibu bersalin nanti, adik itu akan tinggal dengan siapa. Kemudian siapa pula akan teman Lara tidur”.

Awal juga ada bercerita yang baik-baik tentang anak kedua yang bakal dilahirkan kepada Lara Alana untuk membuatkannya lebih mesra dan bersedia dengan kehadiran adiknya kelak.

“Apa yang saya lihat, belum ada hubungan akrab di antara Lara dengan adiknya. Jadi saya kena bercerita pula, dan bagi tahu dia bahawa adiknya tu ada kirim salam dan kononnya adik dalam kandungan itu ada suruh saya belikan mainan untuk kakaknya, Lara.

“Macam ni dapatlah sedapkan hati Lara Alana dan buatkan Lara rasa adiknya itu seorang yang baik hati dan sayangkan dirinya”.

Dalam pada itu, Awal juga sempat bercerita tentang perubahan isterinya ketika mengandung anak kedua ini.

“Ada beza yang mana makanan yang dia suka sebelum ini, ketika mengandung, dia dah tak pandang pun. Dan kalau ada makanan sedap yang dia mengidam atau terasa nak makan, Scha Alyahya akan beli sendiri secara online.

“Selain itu, beberapa kali dia rasa teringin nak makan masakan saya macam nasi goreng sardin dan juga bubur jagung. Saya pun masak untuk Scha”.

Semoga segala urusan kehamilan Scha Alyahya pada kali kedua ini akan dipermudahkan, amin.