Lawak Shuib dilabel jijik, Rahim pula sibuk bahan ketinggian Muss

21,673 views

Rancangan Sepahtu Reunion antara penghibur hati ramai penonton di malam Khamis. Memang tak dinafikan ini antara rancangan komedi yang best untuk dilayan.

Sepahtu Reunion lakonan secara live oleh Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya akan diserikan dengan kedatangan pelakon jemputan. Untuk minggu terbaru, pelakon yang dijemput ialah Oktovia Manrose dan juga Muss.

Tak dinafikan lagi, memang tema yang diangkat mampu memberi mesej yang amat baik kepada para penonton.

Namun ada lawak yang dilihat agak keterlaluan dan tak patut ditayangkan kepada umum apatah lagi kepada kanak-kanak yang merupakan antar apeminat setia rancangan ini.

Contohnya, untuk minggu ini, Shuib dilihat telah mencuri perhatian warganet dengan lawak ketika mengukur kelapa menggunakan mesin.

Seorang penceramah bernama Akhi Fairuz secara terbuka mempersoalkan awak sebegini. “Ni apa punya jijik lawak yang kau buat, depan audiens, gelak-gelak secara live dan ditonton seisi keluarga di rumah.  Di manakah akal? Kena faham apa kesan normalisasi benda sebegini.”

Akhi Fairuz turut upload video adegan berkenaan, yang mana ekspresi wajah Shuib dilihat amat over dan akan mencetuskan tanda tanya, apatah lagi ianya kemungkinan mempunyai double meaning, lawak yang patut dihindari.

Banyak respon diberikan oleh netizen, ada yang meyokong dan ada yang mengambil sikap tidak apa, kerana itu adalah lawak.

Akhi sekali lagi menegaskan, mereka yang ambil sikap tak peduli itu akan membuatkan hal ini seperti normal dan boleh memudaratkan generasi akan datang, pemikiran anak-anak.

Shuib dilihat ada juga upload video berkenaan di laman Ig miliknya dan memang ramai yang luah rasa bahawa lawak sedemikian tak patut dibuat.

Selain itu, ada juga cubaan lawak dari Rahim yang asyik menjadikan ketinggian Muss sebagai bahan jenaka. Antaranya seperti “Tak perasan, duduk dan diri sama tinggi”. Namun ternyata lawak itu tidak berjaya, dan tak dapat sambutan. Lawak tentang fizikal sedemikian tak wajar di buat kerana turut akan menjadi ikutan kelak.

Apapun ramai yang memuji Muss kerana maintain rileks dan steady selain menyanyi lagu dengan padu di akhir rancangan.