Luahan Bunga Citra Lestari sempena birthday arwah Ashraf Sinclair

5,408 views

Arwah Ashraf Sinclair kini telah mencecah usia 41 tahun sekiranya masih lagi hidup. Walaupun sudah lagi tiada di dunia ini, balunya iaitu Bunga Citra Lestari telah membuat satu ucapan istimewa buat Ashraf.

Penyanyi popular dari seberang ini menukilkan satu ucapan menerusi entry di laman media sosial yang menyatakan dirinya amat berterima kasih kepada arwah Ashraf Sinclair.

Bunga muat naik gambar arwah Ashraf Sinclair dan mengatakan Ashraf membuatkan dirinya rasa bahagia dan benar-benar terasa cintanya.

Ashraf sememangnya mencintai Bunga Citra Lestari dan ianya pernah diungkap oleh suaminya sepanjang Ashraf masih hidup dulu.

“Thanks sebab awak berjaya buat saya percaya bahawa saya layak untuk rasa cinta. Sejak ketiadaan awak, saya kena jadi seperti awak, iaitu seorang yg selalu cintai pada saya dan sentiasa percaya pada diri saya ini”.

“Setiap bait perkataan dari mulut awak sangatlah hebat, dan kini saya saya Nampak segalanya. Saya akan cuba sayangi diri saya ini, macam mana awak sayang saya. Happy birthday sayangku”.

Ucapan dari Bunga itu telah menyentuh hati para followernya yang rata-rata mendoakan agar Bunga terus kuat setelah ketiadaan suami tersayang.

Sementara itu, adik Ashraf iaitu Adam Sinclair turut berkongsi rasa hatinya sempena hari jadi arwah abangnya itu. Kata suami kepada Yuna ini, walaupun abnagnya sudah pergi buat selamanya tetapi dia sentiasa merasai memori abangnya itu dan merinduinya.

“Happy birthday kepada abangku. Pada hari ini memori tentang awak amat kuat. Walau saya rindukan awak, saya selalu menghargai kehadiran awak, dan hubungan kita yang rapat. Sememangnya hidup saya ni jadi lebih baik dengan adanya abang di sini.”

Sementara itu Adam turut muatnaik satu gambar keluarganya yang turut ada Ashraf di dalam gambar itu berserta caption lagu Hujan. “Pagi yg gelap, kini dah terang. Akulah adikmu, dan engkau abangku. Aku terlalu rinduikan kamu”.