“Maafkan boleh, namun kembali seperti dulu, memang tak..” Lufya

2,173 views

Susulan permohonan maaf dari pengacara Fara Hanim kepada dua jirannya iaitu selebriti Rita Rudaini dan juga Lufya Omar, pelakon ini akui ada menerimanya.

Jelas Lufya Omar dia telah pun memaafkan Fara Hanim atas kata-kata nya yang telah melabelnya sebagai seorang yang tak percayai vaksin.

Namun Lufya menasihati Fara Hanim agar tak ulangi kesalahannya itu lagi.

Sebenarnya, Lufya berkata, sejak kes berkenaan, hidupnya memang terganggu apatah lagi dilabel sedemikian. Walaupun dah memaafkan, namun agak sukar untuk hubungan mereka menjadi seperti dulu lagi.

Saya akui dia ada upload permohonan maaf di Instagram pada malam hari Ahad. Apa yang saya boleh cakap ialah saya dah maafkan dia tetapi bersyarat. Syaratnya ialah dia tak akan ulang kesilapan itu pada saya, kawan selebriti lain mahupun sesiapa saja.

Memaafkan itu memanglah boleh namun untuk keadaan kembali seperti biasa, memang tidak.

Sebelum ni sebenarnya saya dah anggap dia macam adik dan selalu juga saya beri dan hantar kek kepada dia.

Oleh itu, apabila dia secara tiba-tiba buat dakwaan sedemikian, jujur memang rasa terperanjat. Sampai beberapa hari ini, saya letih sampaikan sakit kepala kerana ramai yang mesej, contact saya nak tanya pasal isu ini.

Apa pun, diharapkan dia akan lebih berhati-hati untuk cakap sesuatu di laman media sosial. Dia bawa imej muslimah, dan sedikit sebanyak isu ini boleh cemarkan imejnya itu.

Bercerita tentang topic vaksin, Lufya berkata ada satu masa tu, dia, Rita dan Fara Hanim pernah berborak tentang isu berkenaan. Ketika itu Fara Hanim lebih banyak mendengar saja dan tak beri sebarang pandangan.

Namun Lufya dan Rita tak ada cakap mereka tak percaya pada vaksin malah Lufya sendiri dah daftar untuk ambil suntikan.

Saya dan Rita ada borak-borak tentang vaksin, masa tu Fara Hanim pun ada sekali tapi dia diam saja tak ada pun cakap tentang pendapatnya.

Masa perbualan tu, kami tak cakap pun kami ni anti-vaksin ke apa. Saya pun dah daftar untuk vaksin. Sekarfang ni tengah tunggu giliran, oleh itusaya ikhtiar sesuatu untuk lindungi diri.

Itulah kata-kata dari Lufya tentang isu ini yang dipetik dari laporan portal Mstar.

Share this on...