Macam main rugby, bahu tinggi lebar, netizen pelik baju Uyaina Arshad

2,767 views

Setiap hari Selasa, akan berlangsung satu rancangan yang disiarkan secara live di Astro iaitu rancangan hiburan MeleTop. Umum tahu bahawa sejak Neelofa umum tinggalkan rancangan ini, pengacara tetap hanyalah Nabil.

Nabil kemudian akan digandingkan dengan pengacara jemputan, yang akan bertukar silih berganti. Pada hari Selasa yang lepas, pelakon Uyaina Arshad telah dijemput menjadi pengacara bersama Nabil.

Kemunculan Uyaina dalam rancangan berkenaan telah membuat ramai tertumpu kepada pakaiannya. Ini apabila bajunya itu memperlihatkan bahagian bahunya agak lebar dan besar.

Hal ini membuatkan ramai memberi pendapat bahawa Uyaina tak sesuai memakai baju sedemikian. Pelbagai komen diberi tentang baju ini di laman media sosial milik rancangan MeleTop.

Antara yang paling banyak ialah menyamakan pakaian Uyaina itu seperti pemain rugby. Dan ada juga mengatakan Uyaina kelihatan sado seperti John Cena (wrestling) dan juga adiwira Hulk.

Macam pelik tengok bahu baju Uyaina tu. Dah macam cartoon lah pula. Tinggi betul bahu tu. Barulah betul orang cakap bahu lebar, dada bidang”. Itulah antara komen netizen”.

Kata akaun bernama Siti Shafurahaidid: “Alamak baju ni sangat tak sesuai”.

Izara Nieza pula menulis: “Dah macam pemain rugbi dah, aduhai, kesian Uyaina”.

Ada juga netizen mengatakan Uyaina sebenarnya seorang yang amat jelita dan cantik, namun sayangnya pada malam itu, salah pilih baju dan salah pilih fesyen. Ini antara komen yang ditulis oleh netizen tentang baju Uyaina itu.

Tentang pengacaraannya, ramai juga memuji cara Uyaina di rancangan berkenaan. “Yana nampak macam sesuai ganti Neelofa ni, nampak masuk dan ngam bila berganding dengan Nabil. Sorang tu perangai ting tong, yang sorang kena tegas untuk cover show”.

Antara artis jemputan yang hadri di set ialah Harith Iskander, Dr George Lee yang berbincang tentang isu prostate cancer dan juga persembahan dari kumpulan Madam.

Share this on...