Majlis resepsi RM1 juta, ini info tentang isteri Datuk Eizlan Yusof

4,763 views

Selebriti yang juga seorang usahawan iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof telahpun menamatkan zaman solonya pada hari ini. Eizlan Yusof telahpun selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya bernama Natasha Rosa Boudville hanya dengan sekali lafaz lebih kurang pada jam 3.28 petang tadi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah disatukan dengan ikatan yang sah di satu majlis penuh istiadat dan meriah di The Glass Suite, Bora Ombak, Marina Putrajaya.

Datuk Eizlan Yusof dan Natasha Rosa dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Mohd Ajib Ismail.

Eizlan Yusof telah menyediakan mas kahwin berjumlah RM80 dan cincin berlian, berserta wang hantaran sebanyak RM12121.90 dan juga tujuh dulang hantaran.

Pihak pengantin perempuan membalas dengan sebanyak lima dulang hantaran.

Sebelum upacara akad nikah, Eizlan Yusof telahpun diraikan dengan satu perarakkan seberangi tasik Marina Putrajaya dengan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sambil diiringi beberapa pegawai tertinggi dan bersekutu agensi itu.

Majlis jadi gamat dengan upacara berbalas pantun dari kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu.

“Jujur boleh dikatakan memang banyak elemen kejutan yang dirahsiakan dari saya yang dibuat dan  disediakan oleh rakan-rakan dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi jadikan majlis pada hari ini sangat meriah”

Untuk makluman, majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan pada Jumaat di lokasi yang sama.

Pada malam resepsi nanti, menerusi perancangan, Dato Seri Eizlan Yusof dan Natasha Rosa Boudville bakal diberi penghormatan istiadat penuh APM antaranya perarakan ‘sword bearer’ (silang pedang) oleh barisan pegawai beserta pancaragam ‘bagpipe’.

Majlis perkahwinan Eizlan Yusof dan isterinya itu kan berlangsung selama empat hari berturut-turut dan ianya telah dinilai dengan kos lebih RM1 juta. Fuh mesti meriah habis ni.

Ini info lanjut tentang isteri Datuk Seri Eizlan Yusof. Yang pertamanya, Natasha Rose Boudville merupakan seorang wanita yang berasal dari keturuan Serani.

Info kedua, Natasha Rosa Boudville kini berumur 29 tahun. Yang ketiganya, Natasha baru memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lepas 2018.

Natasha Rosa Boudville seorang pekerja di sebuah hotel 5 bintang di ibu kota.

Anak-anak Eizlan Yusof sebelum ini memanggil gelaran aunti Chacha kepada Natasha Rosa Boudville. Itulah sedikit sebanyak tentang wanita ini.

Semoga pasangan ini terus bahagia bergelar sebagai pasangan suami isteri.