Mak ayah tak ajar ke, terdedah kalah orangkapir, Azhar Sulaiman akhirnya respon

6,678 views

Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona.

Leona yang baru berumur 19 tahun ini amat popular menerusi video-videonya terutama di aplikasi TikTok.

Malah Azhar Sulaiman akui anaknya itu turut mendapat income menerusi video-videonya yang selalu saja viral di aplikasi berkenaan.

Kalau yang ikuti Leona, sekarang ini gadis ini sering tukar warna rambutnya. Pernah buat rambut warna yang terang seperti biru, merah, kuning, pink dan jingga.

Seperti biasa, Leona ada muatnaik gambar terkininya dengan rambut baru, kali ini berwarna pink gelap dan pink cair.

Akan tetapi, yang jadi perhatian di gambar itu ialah cara pemakaian Leona yang dikatakan agak ketat dan terdedah.

Oleh itu ramailah netizen yang menulis komen dan memberi nasihat kepada gadis ini agar memakai pakaian yang lebih tertutup dan menutup auratnya.

Ada juga memberi peringatan bahawa kecantikan luaran ini tidaklah kekal selama-lamanya.

Malahan, ada juga netizen yang menulis komen mempertikaikan tindakan ibu bapa Leona yang dikatakan tak menegur anaknya itu,

Lebih pahit, ada yang melabel pakaian Leona itu lebih terdedah berbanding mereka yang non-muslim.

Melihat begitu banyak komen kurang enak yang diterima, akhirnya Azhar Sulaiman tampil memberi pandangannya.

Menerusi Facebook, Azhar Sulaiman bertanya orang yang berkata kurang elok itu adakah mereka mempunyai anak.

Azhar juga berkata janganlah menilai seseorang itu hanya melalui pakaian sahaja.

Hari ini, Leona kena kecam lagi termasuklah saya jugak kena hentam sama. Ini kerana ada kata saya tak pandai nak didik Leona to be “islamik”. Kamu ada anak tak?

Kekuatan iman itu tak bolehlah kita nak nilai melalui pakaian seseorang. Ada saja kes Ustaz buat benda tak elok kepada pelajarnya. Ada juga gadis yang bertudung tapi bunting. Lepas hal kurang elok buruk adakah sebab tak hidup dengan islamik. Walhal tak tinggal.

Setiap orang ada bahagian dan ujiannya. Saya ni sokong Umno tapi anak saya ni sokong Pakatan Harapan. Ha itu contoh pasal ideology parti politik. Apapun, nasihat yang betul saya akan terima. Netizen semua ni umpana adik beradik saya bayangkan.

Itulah respon dari Azhar Sulaiman tentang isu pemakaian anak perempuannya itu.