Mama tak boleh kahwin lain – Engku Aleesya kepada Erra Fazira

3,272 views

Akhirnya Engku Emran dah pun selamat menamatkan zaman solonya pada minggu lalu.

Engku Emran selamat bernikah dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada hari Jumaat yang lalu.

Ini terus mengakhiri spekulasi yang dibuat oleh para netizen di luar sana yang ada berteka-teki tentang hubungan antara Engku Emran dan Noor Nabila.

Setelah pasangan ini berkahwin, antara yang jadi tumpuan media ialah bekas pasangan ini.

Sharnaaz Ahmad, bekas suami Nabila ada buat ucapan yang mana mendoakan agar hubungan pasangan ini berkekalan dan meminta menjaga anaknya Jebat Jayden dengan baik.

Kini giliran Erra Fazira pula iaitu bekas isteri kepada Engku Emran. Menerusi satu temubual, Erra ada mendoakan agar mereka bahagia.

Alhamdulillah anak saya bahagia, oleh itu saya juga turut bahagia dengan perkahwinan ini. Yang penting anak saya bahagia.”

Setelah bekas suami selamat berumah tangga, ramai yang tanya apa pula status terkini tentang Erra Fazira. Bila agaknya Erra Fazira pula akan naik pelamin dan akhiri zaman solo.

Menjawab soalan ini, Erra Fazira bercerita bahawa anaknya Engku Aleesya tak beri kebenaran untuknya kahwin lain.

Saya okey saja kalau ada jodoh, adalah nanti yang penting anak saya okey. Saya ada usik Engku Aleesya konon saya ni nak berkahwin. Tetapi, jawapan Aleesya, dia tak kisah kalau ayahnya kahwin lain, asalkan saya tidak. Dia cakap ayah nak kahwin biarkan tapi mama tak perlu kahwin.”

Harapnya itu hanyalah sekadar gurauan sebabnya saya mahu juga berkahwin jika jumpa lelaki idaman.”

Untuk info, Erra Fazira pernah berkahwin sebanyak dua kali. Pertama dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 dan bertahan selama 3 tahun.

Kemudian pada tahun 2007, Erra Fazira bernikah dengan Engku Emran dan mendapat anak pertama iaitu Engku Aleesya. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2014.