Mas Khan didenda RM17000, ngaku salah curi wallet wang kripto A Aida

1,719 views

Ini satu berita terkini melibatkan dua selebriti iaitu pelakon Mas Khan dan juga penerbit Dato A Aida.

Mas Khan dikenakan denda berjumlah RM17 ribu setelah dia buat pengakuan bersalah terhadap tuduhan mencuri wallet mata wang kripto bernilai lebih RM200 ribu kepunyaan Dato A Aida.

Berdasarkan laporan portal Bernama, mahkamah telah menetapkan hukuman berkenaan kepada Mas Khan hari ini.

Malah pelakon berumur 26 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya tidak dapat melunaskan denda berkenaan.

Mas Khan didenda RM7000 atau penjara 12 bulan atas pertuduhan pertama iaitu mengambil tanpa izin wang kripto bernilai RM59 ribu.

Kemudian Mas Khan kena bayar denda sebanyak RM10 ribu untuk kesalahan kedua iaitu mengambil wang kripto bernilai RM154 ribu, kesemuanya milik Aida.

Kejadian berkenaan dikatakan dilakukan di Taman Ukay Perdana, Ampang, kira-kira sekitar jam 5 pagi bertarikh 7 Mac 2019.

Dari laporan, Mas Khan melalui peguamnya meminta denda minimum diberikan kepadanya dengan sebab anak guamnya iaitu Mas Khan merupakan penanggung utama family nya. Selain itu Mas Khan juga memberi kerjasama baik sejak awal siasatan dilakukan.

Pihak pendakwa pula meminta hukuman setimpal kepadanya sebagai satu pengajaran apatah lagi kes ini amat serisu melibatkan jumlah kerugian dialami mangsa iaitu Aida amat tinggi, lebih dari RM200 ribu.

Aida memang pernah menyatakan mahu individu yang terlibat dengan kes ini dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran.

Malahan, Mas Khan juga telah kena ban dan tak akan dapat peluang lagi untuk berlakon dalam semua terbitan dari syarikat milik Aida.

Diimbas kembali, Mas Khan dan Aida pernah bekerjasama melalui filem berjudul Ratu Kala Jengking puteri Keranda.

Selain Mas Khan, pelakon lain ialah seperti Nadia Brian, Eyra Hazali, Fizz Fairuz dan Fauziah Nawi dan diarahkan oleh Bade.

Share this on...