Masya Masyitah menang RM160ribu, tewaskan 3000 peserta pertandingan nyanyian antarabangsa

23,219 views

Tahniah diucapkan kepada penyanyi remaja, Masya Masyitah bikin sejarah yang amat bermakna. Remaja berumur 20 tahun ini telah mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian antarabangsa, Yippi Star Quest 2020.

Masya Masyitah turutt menerima durian runtuh setelah menerima hadiah yang amat lumayan iaitu wang sejumlah USD40000, lebih kurang RM160 ribu ringgit. Memang masyuk.

Di peringkat akhir, Masya Masyitah telah menewaskan pesaing terdekat bernama Phem yang berasal dari Philipines.

Ini komen Masya seteklah menang: “Syukur, alhamdulillah, saya tak sangka betul. Apatah lagi, masa final tu, saingan yang diberikan amatlah sengit. Penyanyi bernama Phem memang hebat, ada kekuatan dan ramai peminat. Syukur rezeki lebih memihak kepada diri saya malam tadi”.

Di laman Instagram miliknya, Masya tak henti ucapkan kesyukuran di atas kemenangannya itu. “Alhamdulillah, syukur. Let’s take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have”.

Yippi Star Quest ini berlangsung ketika adanya PKP dan ianya dibuat secara online. Seramai 3000 peserta yang mencuba nasib menyertai pertandingan berkenaan. Ianya berlangsung selama lebih kurang empat bulan lamanya untuk mencari seorang juara.

Antara kelebihan Masya adalah kemahirannya menguasai bahasa Mandarin serta boleh bertutur dengan baik. Ini membuatkan dirinya mendapat perhatian sekaligus menjadi antara pilihan terkuat untuk masuk final.

Malah, mengambil peluang mampu bertutur empat bahasa, Masya Masyitah menyanyi dalam bahasa Mandarin, Bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia sepanjang pertandingan menurut permintaan dari para penonton.

Ramai penonton juga menyukai perwatakkan Masya Masyitah yang dilihat amat selesa di depan kamera selain personality yang menyenangkan para penonton.

Bukan senang nak jadi juara, di final sahaja, Masya Masyitah telah mendendangkan sebanyal 16 buah lagu, malah mencuba membawa lagu bahasa Tagalog.

Tahniah buat Masya Masyitah atas kemenangan tersebut, semoga lebih sukses selepas ini.