Mawar larang bakal isteri baru Fizo gelarkan diri mummy pada Maryam

5,224 views

Kisah keruntuhan rumahtangga yang dibina oleh Fizo Omar dan Mawar Fareeda memang agak pahit untuk ditelan sesetengah netizen.

Apatah lagi melihat kebahagiaan mereka yang dipapar di laman media sosial. Tapi jodoh dan kisah perkahwinan ini ada pasang surutnya.

Setelah berpisah pada tahun 2019, mereka masih lagi berhubung demi anak tunggal mereka iaitu Maryam.

Telah move on dengan kehidupan masing-masing, ada follower yang bertanya kepada Mawar tentang reaksinya sekiranya Fizo Omar berkahwin dengan wanita lain.

Mawar menjawab dia akan menyokong bekas suaminya itu untuk mendirikan rumahtangga dengan sesiapa pun.

Namun jelas Mawar, dia ada pesanan buat bakal isteri Fizo Omar itu dan ianya berkaitan dengan Maryam.

Mawar mengatakan, dia tidak memberi kebenaran wanita yang bakal nikahi Fizo Omar untuk menggelarkan dirinya sebagai mummy atau mama kepada Maryam.

Bagi Mawar, saya tak ada nak marah apa pun sebab kalau bapa Maryam nak kahwin, saya lagi gembira dan kalau cepat kahwin lagi bagus.”

Saya sokong saja, dan semoga bapa Maryam akan bertemu jodoh yang sesuai dan sempurna buatnya. Mawar ni tidak sempurna dan serba kekurangan, Mawar sentiasa doa yang terbaik untuk semua.”

Benda yang dah lepas tak perlulah nak dikenang lagi. Kami masing-masing dah ada kehidupan yang tersendiri.”

Ini pula pesanan khas dari Mawar kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri baru kepada Fizo Omar.

Kepada sesiapa pun yang bakal jadi ibu baru kepada Maryam nanti, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat Mawar. Bukannya apa, biarlah panggilan itu buat anak saya Maryam ni seorang. Sebab Maryam ini teramat istimewa buat diri saya. Walaupun nama panggilan, ia sangat bermakna buat saya.”

Mawar yang merupakan pemilik tudung Fareeda berkahwin dengan Fizo Omar pada tahun 2013 dan ianya berakhir pada tahun 2019. Maryam kini sudah berumur 3 tahun.