Media Indonesia: Luna Maya bercinta dengan SM Faisal Nasimuddin?

5,852 views

Ini satu buah mulut yang sedang bertebaran di media Indonesia dan juga Malaysia. Ianya tentang pelakon cantik jelita Luna Maya.

Sudah tentu ramai yang ingat, Luna Maya ini pernah dai juri di rancangan popular Maharaja Lawak Mega tak lama dulu. Memang popular di Negara jiran.

Berbekalkan wajah yang amat jelita, dan bakat yang hebat, sudah tentu Luna Maya sering ddikaitkan dengan jejaka yang tampan, pendek kata banyaklah buah mulut orang berbicara tentang hal peribadinya.

Kalau diingat, sebelum ni Luna memang dah dikaitkan dengan Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin, seorang businessman yang berjaya dari negara kita.

Akan tetapi, Luna buat kenyataan bahawa hubungan dia dan SM Faisal tak lebih dari kawan biasa je.

Tapi yang terbaru, sejak semalam memang kecoh juga apabila ada portal media tempatan di Indonesia buat laporan bahawa Luna Maya dikatakan sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan tersebut. Malah, kedua-dua mereka dikatakan saling upload ucapan cinta di Insta Story di IG masing-masing.

Dari laporan portal hiburan Indonesia, Luna Maya ada upload IG Story dengan ucapan I Love You sambil melayan lagu jiwang dan SM Faisal pula ada upload gambar di Negara eropah dengan caption Lots of Love.

Post dari SM Faisal itu penug dengan komen dari para peminat Luna Maya yang amat seronok lantas mengandaikan ucapan dari SM Faisal itu adalah untuk Luna Maya.

Banyak juga yang tulis komen memberi pendapat SM Faisal dan Luna Maya memang cocok sekali. Ada yang dah bagi ucapan serta terus mendoakan agar mereka cepat-cepat berkahwin.

Diimbas kembali, tak lama dulu, Luna Maya pernah upload gambar bersama keluarga Faisal di IG yang terus menguatkan lagi buah mulut ini.

Luna dilihat rapat dengan adik beradik perempuan Sm Faisal.