Memey Suhaiza dedah apa yang berlaku pertama kali jumpa Abby Abadi

4,320 views

Pelakon Memey Suhaiza telah berkongsi kisah yang ramai tak tahu iaitu moment ketika dia pertama kali berjupa dengan Abby Abadi, yang mana ketika itu sudah bergelar bekas isteri kepada Norman Hakim.

Memey mendedahkan ada satu pesanan dari Abby Abadi yang membuatkan dirinya terkesan sehingga kini.

“Syuukur, sy sejak kecik telah dididik dgn byk kasih syg dr emak dan ayah. Alhamdulillah antra nikmat paling besar yg diberikan dlm family ni ialah begitu byk kasih sayang.

“Sy tau, ramai yg tau kisah kami walau tak secara mendalam, akan tetapi ramai yg tahu. Sampai sekarang ramai juga yg tanya macam mana boleh baik, bahagia macam ni. Sy tak tau nk ckp mcm mana. Untk sy inilah yang dilabel sebagai nikmat dari NYA.

“Saya masih ingat lagi satu detik tatkala kami berdua masih lagi belum sebaik ini, ketika pertama kali jumpa Abby Abadi, dia kata kalau sayangkan suami pakai tudung. Dia peluk saya dan ketika itu kami belum pun bertegur lagi kerana masih dalam situasi serta hanya buat hal masing-masing”

“Sebenarnya pesanan berkenaan telah memberi kesan mendalam buat sy sebab suami masa itu bg kelonggaran walau dia memang nak saya pakai tudung. Dek kerana saya fikir lagi mengenai kerjaya seni. Tapi ya, ia beri kesan dan sy sering berfikir.

“Syukur suami amat beri tunjuk ajar dan jadi role model, termasuk dalam hal solat. Sy ada dlm family ini ibarat suatu rahmat yang amat besar. Anak-anak pun semua baik sangat.

“Setiap individu ada ujian yg berbeza untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Di sebalik apa yg terjadi dalam kehidupan saya, Abby Abadi antaranya baik sgt dengan diri sy, diri ini juga syukur dengan adanya suami serta anak-anak di sisi”

Imbas kembali, Norman Hakim dan Abby Abadi telah berpiisah pada tahun 2006. Hasil dari perkahwinan itu, mereka berdua mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish (16 tahun), Marissa Dania (14 tahun) dan Maria Danisha (11 tahun).

Selepas itu, Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011 dan mempunyai tiga orang anak.

Share this on...