Mengaji dengan jelas, Aaisyah Dhia Rana dipuji, cantik, bijak dan solehah

3,340 views

Anak boleh dikatakan umpama kain putih yang belum bercorak. Untuk melihat corak di kain itu, didikan dan pegaruh yang ditunjuk sejak kecil adalah peranan utama.

Ini merupakan tanggungjawab untuk ibu bapa kepada cahaya mata yang telah dianugerahkan oleh Allah.

Sebagai orang beragama Islam, antara didikan yang paling baik adalah mengenali kitab suci iaitu Al Quran.

Cara untuk mengenali lebih dekat dengan pencipta adalah mendidik anak kecil untuk belajar mengaji dan membaca al-Quran.

Syukur Alhamdulillah, pasangan selebriti terkenal Zain Saidin dan Rozita Che Wan mengambil inisiatif untuk mengajar anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana untuk belajar mengaji.

Sebelum ini, dikatakan Aaisyah ada belajar mengaji dengan ustazah yang ada datang ke rumah dan ketika musim PKP ini Aaisyah dilihat sering belajar mengaji secara online.

Dalam perkembangan terkini, di laman Instagram milik Aaisyah Dhia Rana, ada satu video yang diupload menunjukkannya sedang membaca al-Quran iaitu surah An-Nasr.

Ustazah Aaisyah, insyaallah” Itulah yang ditulis di ruangan caption, mungkin oleh Che Ta atau Zain Saidin.

Walaun hanya beberapa saat, ramai yang memberi komen yang positif melihat cara Aaisyah Dhia Rana membaca yang mana amat lancar dan sebutannya baik sekali.

Banyak komen baik diberikan, dan ramai berharap serta mendoakan agar impian benar-benar tercapai iaitu mahu melihat Aaisyah menajdi anak yang solehah sekaligus bergelar ustazah bila sudah dewasa kelak.

Alahai ustazah kecil ni, comelnya tu. Alhamdulillah semoga cepat dan dapat khatam Al-Quran. Cantik dan berakhlak mulia biar seiring”, Itulah yang ditulis oleh seorang followernya.

Seorang pengguna bernama Puteri Masyi menuls: “Aunty akan doakan agar ustazah Aaisyah dapat lancar baca Quran dan akan khatam Quran, pandai betul dia mengaji”.

Selain belajar mengaji, Aaisyah juga sudah mula belajar dan menunaikan solat.

Bagus betul, inilah antara contoh yang patut dijadikan ikutan buat ibu bapa di luar sana. Tahniah Che Ta dan juga Zain Saidin. Semoga Aaisyah Dhia Rana akan jadi ustazah nanti.