Sedang hamil anak kedua, Scha Alyahya allergic main handphone

4,284 views

Kegembiraan sambuat birthday yang ke-39 bertambah dua kali ganda apabila pengacara Awal Ashaari mengumumkan bakal meninmang cahaya mata kedua. Menerusi satu video, Awal Ashaari mengesahkan isterinya pelakon Scha Al Yahya kini sedang hamil anak kedua.


Video berkenaan di muat naik oleh Awal Ashaari semalam di laman media yang menunjukkan anak sulung Lara Alana memegang pregnancy test yang menunjukkan bacaan positif.


Ini caption yang ditulis oleh Awal Ashaari tentang berita kehamilan isteri tercinta.


“Salam buat semua, dengan kekuasaan Allah yang maha pemurah dan penyayang. Tak ada hadiah lain yang lagi bermakna sempena hari jadi saya yang ke tiga puluh sembilan yang mana saya nak kongsi dengan semua satu berita gembira.


“Kami berdua kini sedang menantikan anak kedua, baby kedua kami, dan dengan izinnya, kami sedang menuju bulan ke empat kandungan.


“Diharapkan semua orang akan dapat titip doa buat mommy dan baby sentaisa dalam keadaan sihat serta akan jalani semua proses dengan mudah, lancar dan sempurna.


“Saya amatlah bersyukur ya Allah dengan rezeki yang diutuskan ini. Jangan lupa, doakan yang terbaik untuk kami satu family.


Dalam pada itu, Awal turut menulis mengatakan isterinya kini umpama allergic pada telefon bimbit dan jarang main phone. Oleh itu kadangkala dirinya turut terkena tempias.


Ini tambah Awal: “Scha Alyahya nak mohon maaf kerana sekarang ni dia dalam fasa bencii kat handphone. Dan saya pun kadangkala terkono dia bencii juga haha”.


Scha Alyahay turut repost perkongsian dari suaminya iu di laman IG miliknya dan menyatakan sekyukuran di atas berita tersebut. “Alhamdulillah syukur teramat. Lara lihatnya gelak tidak berapa nak ikhlas saja tu”.


Diruangan komen, ramai yang menulis ucapan tahniah di atas berita yang baik ini. Turut kelihatan ucapan dari rakan artis tanah air yang beruyun-duyun mendoakan agar semua dipermudahkan dan happy dengan berita ini.


Tahniah buat Awal Ashaari, Scha Alyahya dan juga Lara Alana, bakal dapat adik dah nanti.