Mereka memang jalin hubungan cinta, pernah putus sambung balik, Michael Ang

1,662 views

Ramai yang meneka bahawa pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sedang menjalin hubungan cinta. Malahan pelakon ini dikatakan dah pun pergi ke kursus perkahwinan di Pahang.

Semuanya telah didedahkan oleh pengarah, Michael Ang yang kini sedang mengarahkan sebuah drama yang dilakonkan oleh Uqasha dan juga Kamal Adli.

Ini kenyataan lanjut dari Michael Ang tentang hubungan antara Uqasha dan Kamal yang dia nampak di set penggambaran melalui laporan dari Beritah Harian.

“Kisahnya, saya ada dengar bahawa Kamal dan Uqasha dah pergi hadiri kursus kahwin semasa di lokasi penggambaran drama. Oleh itu, saya saja tanya mereka sejauh mana kebenaran kisah itu. Semua tahu dah yang saya ni memang selamba saja, tanya saja apa pun”.

“Dalam video yang saya upload tu, Uqasha ada sebut pergi ‘kursus je’, maybe betul dah mereka pergi kursus kahwin. Kalau betul pun, apa salahnya. Ini baik untuk mereka menambah ilmu pengetahuan, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kalaulah betul jodoh mereka kuat dan ada nak rancnagan kahwin, doakan yang baik-baik saja. Saya percaya, kala dah jodoh tak ke mana”.

Ini pula pendedahan Michael Ang semasa melihat keserasian antara Kamal dan Uqasha di set penggambaran.

“Saya tengok mereka ketika berlakon dalam dua buah drama arahan saya, dan mata serta mulut saya ni tidak akan nak tipu. Mereka memang jalinkan cinta lokasi atau cinlok. Saya dengar mereka pernah putus, sambung balik. Biasalahkan, adat orang bercinta”.

“Kalau kedua mereka dah serasi untuk hidup bersama, pilihan ada di tangan mereka. Usia pun bukan semakin muda. Soal cinta lokasi ini pun sebenarnya satu perkara yang tak pernah orang boleh duga.

“Memang bukan sesuatu yang mustahil untuk jatuh cinta kalau  sudah lama di set penggambaran. Ini bukanlah satu perkara luar biasa. Cinta lokasi ni bukannya benda yang tak baik pun, kalau diatur dan direncanakan semuanya akan menjadi, insyaallah”.

Itulah komen dari tuan director yang dah banyak kali bekerjasama dengan Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose. Ramai juga peminat yang suka melihat mereka berdua ni, memang secocok sangat.

Share this on...