Muka kek pelik, ini respon Ruhainies

569 views

Majils hari jadi yang ke 28 Ruhainies pada tahun ini dibuat dengan meriah sekali. Pelakon yang juga adik kepada Risteena ini memuatnaik beberapa gambar ketika sambutan hari lahirnya semalam.

Namun telah viral gambar kek hari jadi Ruhainies itu. Ianya jadi bualan sebab patung atau ukiran di kek itu agak lain macam rupanya.

Kek berkenaan patutnya hadir dengan rekaan wajah seakan Ruhainies namun bagi netizen wajah kek itu nampak pelik.

Orang ramai menulis komen memberi pendapat mereka tentang kek itu, ada yang kata lucu da nada yang Nampak seram malah aada yang kata macam gambar pondan tua.

Setelah jadi tular di media sosial, Ruhainie tampil memberi respon tentang kek tersebut. Ini kenyataan dan reaksi dari birthday girl.

“Masa tu saya ada kat Pulau Pinang, saya pergi sana tuk hadiri wedding cousin dan tidak disangka saya terima kejutan tuk birthday saya, sepatutnya hari lahir pada Isnin ini.

“Bila share momen tu kat media sosial, ramai yg komen tentang rupa patung perempuan kat kek tu, ada kata macam hantu dan sebagainya. Bagi saya, tentang rupa dia itu tidak ada masalah pun sebab kerana kek itu dibuat ambil masa singkat je.

“Kedai kek kata, patutnya dekorasi kek tu nampak mcm patung Barbie tapi mungkin sebab masa yg suntuk, oleh itu hasilnya lain sikit. Tapi tak kisah pun, yang paling penting nampak dah kesungguhan dan rasa yang sedap”.

Walaupun banyak komen yang bukan-bukan dari follower dan netizen, ketika baca komen itu, Ruhainies kata dia hanya beri reaksi ketawa sahaja.

“Ruhainies rasa lawak masa baca komen netizen, saya dengan adik-beradik semua ketawa saja, biasalah kan setiap orang ada pendapat tersendiri.

“Sebenarnya lain kalau tengok depan2. Kalau tengok dalam video dan gambar je rupa kek itu nampak lain. Kalau tengok depan-depan kek tu cantik tau.

“Yang penting sedap dan saya suka. Thanks you kepada pembuat kek dan juga kpd semua yang buat majlis tu. Terharu saya dibuatnya”.

Happy birthday kepada Ruhainies, dengarnya mereka sekeluarga akan ke Langkawi pada Isnin ini, bercuti di sana.

Share this on...