Categories: Hiburan

Muka melecur kena minyak panas, Amyra tanya Amar masih sayang lagi tak

Kesian dengan pelakon Amyra Rosli. Mana taknya, baru-baru ini pelakon ini alami sedikit insiden ketika memasak.

Muka Amyra Rosli telah alami luka akibat melecur kerana terkena percikan minyak panas.

Hal ini didedahkan sendiri oleh pelakon berkenaan yang memuatnaik gambar wajahnya yang ada kesan akibat terkena minyak panas itu di laman media sosial.

Dilihat di foto itu, memang jelas kelihatan tompok kesan melecur, namun isteri kepada Amar Baharin ini berada dalam keadaan yang baik.

Namun, Amyra tak ada pula bercerita dengan lebih terperinci tentang insiden berkenaan. Mungkin sedang sibuk memasak agaknya.

Ini tulis Amyra Rosli: “Kecantikan tak mungkin akan kekal untuk selamanya. Tengok saja diriku ini, dah melecur akibat kena minyak panas. Apapun, saya ni baik-baik saja.”

Janganlah kalian risau tentang diri saya ye dan terima kasih kepada mereka semua yang beri suggestion untuk jenis ubat sapu luka melecur itu.”

Sementara itu, sempat juga pelakon cantik ini bergurau dengan suaminya mengatakan jika wajahnya sebegitu, ada kesan tompok luka lecur, adakah suaminya akan masih terus menyayangi dirinya.

Amar Baharin sayang saya lagi atau tidak jika wajah saya jadi macam ini.” Itu yang ditulis sendiri oleh Amyra Rosli.

Tak perlu tanya, mestilah Amar Baharin masih sayang kan Amyra Rosli kan. Pasangan yang sweet selalu.

Jika diperhatikan di gambar, ada beberapa tompok bekas kesan luka di tepi hidung Amyra Rosli, di bawah mata dan di tepi bahagian dagu.

Semoga Amyra Rosli cepat sembuh dan luka-luka bekas kesan melecur itu akan hilang dalam masa beberapa minggu ini. Yang paling penting diri Amyra Rosli selamat, tiada sebarang yang serius.

Untuk info, Amyra Rosli dan Amar Baharin telah bernikah pada tahun 2016 dan kini mempunyai dua orang cahayamata yang amat comel.

Recent Posts

Ramai terkejut dengan tweet Syafiq Kyle tentang Jennie Blackpink, termasuk Mimi Lana

Baru-baru ini sedang jadi bualan ramai tentang kisah percintaan antara dua superstar dari Korea Selatan iaitu Jennie dari kumpula terkenal…

1 day ago

Syanie umum berhijab sepenuhnya lepas bernikah

Pengantin baru, Syanie Hisham, telah buat keputusan apabila kini tampil memakai hijab dan ianya bermula sebaik sahaja dia bernikah dengan…

1 day ago

Kenapa saya diperlakukan begini, Sajat ada bukti punca tak hadir mahkamah

Nur Sajat Kamaruzaman menjadi tumpuan setelah dikenakan waran tangkap oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Ini gara-gara jutawan ini…

2 days ago

“Aeril terus pack barang dan keluar rumah” – Hidup Wawa Zainal gelap bila Aeril pergi

Pasangan suami isteri terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal diketahui amat bahagia ketika ini dan sering tayang kebahagiaan mereka di…

2 days ago

“Awak masuk dan buat hal di rumah saya” – Alyah

Datin Alyah telah meluahkan perasaannya setelah muatnaik gambar bersama suaminya Datuk Ramli Ms baru-baru ini. Dikatakan ada netizen yang telah…

3 days ago

Ayda Jebat dah jumpa doktor pakar bidan, disahkan hamil

Setelah dua bulan berkahwin, pasangan bahagia Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir menerima berita yang amat menggembirakan. Menerusi laporan mStar,…

3 days ago

This website uses cookies.