Mustapha Kamal terima anugerah “Datuk Paduka” dari Sultan Kelantan

4,877 views

Kalau tengok drama di kaca television, selalu nampak pelakon ini sebagai ayah kepada pelakon utama dengan wataknya sebagai CEO ataupun Tan Sri dan Datuk Seri. Sinonim dengan watak sebagai seorang VIP atau ahli perniagaan yang berjaya, Mustapha Kamal memang terkenal di kalangan penonton dan peminat drama bersiri.

Kali ini, ianya benar-benar terjadi, apabila pelakon ini mendapat dan telah dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran dirinya sebagai Datuk Paduka Mustapha Kamal.

Tentang perkara ini, pelakon senior ini menyatakan kejayaan yang diterimanya itu adalah hasil dari dorongan serta sokongan dari isteri tercinta iaitu Susan Manen.

Datuk Paduka Mustapha Kamal memberitahu bahawa sumber kekuatannya banyak diterima dari Susan Manen.

“Kejayaan seorang suami berkait dengan sokongan dorongan serta juga dokongan dari insan bergelar seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri.

“Peranan isteri paling penting demi memastikan kejayaan untuk sang suami dan keluarganya. Kerana berkat yang penuh sabar dan bersungguh berusaha, InsyaAllah, dia maha penyayang.

“Abang Mustapha Kamal sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat. Dipermudahkanlah ya Allah, janganlah disulitkan, sudahi dan akhiri dengan kebaikkan, amin.

Kemudian, Datuk Paduka Mustapha Kamal turut meluahkan rasa syukur kepada Sultan Kelantan kerana memberi anugerah penuh bermakna ini buat dirinya sempena hari keputeraan Sultan.

“Merafak sembah dan setinggi-setinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.

“Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat. Menjunjung kasih. Alhamdulillah”

Diruangan komen, ramai yang emngucapkan tahniah buat Mustapha Kamal dan antaranya ialah dari pelakon dan pengarah tersohor dari Kelantan iaitu Sabri Yunus yang ternyata gembira dengan anugerah yang diterima oleh Mustapha Kamal itu.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Datuk Paduka Mustapha Kamal, semoga lebih sukses lagi selepas ini.