Nabil Ahmad sindir Azwan Ali secara live? Penonton tak suka

5,299 views

Semalam ada dua rancangan nyanyian bersiaran secara langsung pada waktu yang sama. Program Gegar Vaganza dan juga program Lagu Cinta Kita.

Ada sesuatu yang berlaku di Gegar Vaganza apabila dikatakan pengacaranya iaitu Nabil Ahmad ada memerli pengacara program Lagu Cinta Kita iaitu Azwan Ali atau Diva AA ketika di atas pentas.

Semasa dipermulaan rancangan itu, Nabil ada beberapa kali dilihat memerli dan meniru gaya Azwan Ali. Antara mengatakan ayat seperti yang selalu diungkap oleh Azwan Ali dan juga berkata tentang selfie stick, yang agak sinonim dengan Azwan Ali.

Ketika mengenalkan juri Nabil ada berbicara tentang program cliché, dan katanya GV7 bukanlah program sedemikian.

Datuk Ramli MS ada kata: “Are you okey Nabil, apa benda yang cliché-cliché ni”.

Kau tak tahu? Not my level okey, shut up. Orang selalu pegang selfie stick tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah”.

Oh yang tu, ala bagi chance la, its okey” balas Datuk Ramli MS.

Walaupun Nabil tak ada nak tuju secara tepat individu yang dimaksudkan namun para netizen membuat andaian bahawa itu seakan gaya Azwan Ali.

Ada netizen yang kurang suka cara sedemikian malah melabel Nabil seperti tak profesional. Jom baca komen-komen netizen.

Nabil dan kurang diajar ni tak boleh nak dipisahkan. Diva Azwan Ali lebih berkaliber daripa dia dan tak ada pun nak cakap tentang orang lain dalam program. Ini sudah seperti perang antara dua rancangan yang sedang tayang”.

Ada juga yang mengatakan patutnya Nabil buat permohonan maaf sebab berkata sedemikian.

Apapun, ada netizen yang perasan di awal rancangan Gegar Vaganza ini ada juga hashtag see our level digunakan oleh pihak Astro.

Ini tulisan di awal rancangan: “Separuh perjalan telah ditempuhi, saingan semakin mendebarkan, lontaran vocal yang tepat, yang pasti tiada sumbang di sini, #seeourlevel?”