Naim Daniel jawab selepas kena hentam dengan Diva AA

4,341 views

Walaupun masih bergelar penyanyi dan pendatang baru dalam dunia seni namun nama Naim Daniel hangat diperkatakan apabila dia telah bergelar juara buat kali pertama dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) menerusi lagu berjudul “Sumpah”.

Meskipun penyanyi muda ini baru pertama kali memasuki Anugerah Juara Lagu, Naim telah berjaya menjadi juara.

Ternyata kejayaan yang dicapai oleh Naim Daniel ini telah pun mendapat perhatian ramai, maklumlah ianya satu kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Namun, disebalik kegembiraan Naim Daniel yang begelar juara telah mendapat kritikan dan kata yang kurang enak daripada seorang pengacara kontroversi iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA apabila dia telah bertindak menulis status Twitter yang berbaur kritikan.

Dari kenyataan itu, menurut Azwan Ali lagi dia juga langsung tidak kenal dengan penyanyi tersebut serta tidak mahu ambil peduli walaupun Naim Daniel merupakan juara AJL34. Malah Azwan Ali melabelnya sebagai semak.

Naim Daniel dilihat terkesan dengan status negatif yang dilemparkan terhadapnya itu dan membalas dengan berkata bahawa dia merupakan salah seorang individu yang sokong tindakan Azwan Ali semasa bertanding dalam PRU lepas.

Dia juga mengakui bahawa dalam dunia seni tanah air yang penuh pancar roba ini dia harus mempelajari pelbagai perkara dan mendoakan yang terbaik buat Azwan Ali.

Warganet dan para peminat Naim Daniel juga telah menyokong tindakan yang dilakukan olehnya itu serta menasihati supaya tidak ambil pusing dengan kata atau penulisan yang dibuat oleh Azwan Ali terhadap dirinya itu.

Rata-rata peminat telah memuji tindakan dan mengangap bahawa tahap kematangan seseorang bukanlah diukur dengan umur namun dengan akal fikiran yang waras.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh Naim Daniel yang telah mendoakan Azwan Ali dengan doa yang baik itu merupakan tindakan yang wajar agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.