Saya nak pelamin please, rakan artis teruja

4,528 views

Antara pasangan selebriti yang telah mengaku sedang kenali hati budi masing-masing ialah pelakon popular Syafiq Kyle yang mana kini hatinya dimiliki oleh pelakon Mimi Lana.

Baru-baru ini, Mimi Lana telah muat naik satu gambar dengan insan tersayang, Syafiq Kyle tapi tak sangka ianya mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen dan juga rakan artis.

Kisahnya, Mimi muatnaik gambar bersma Syafiq Kyle dengan caption bertanya ada yang nak tengok lakonan mereka dalam sekuel filem Pusaka, namun lain pula jadinya. Ini tulis Mimi Lana: “Who needs pusaka the sequel? Sila beri komen”.

Ramai memang nak tengok mereka berakon bersama dalam filem seram Pusaka itu, akan tetapi raami yang nak tengo mereka cepat naik pelamin.

Antara yang beri komen ialah Fazura yang mengatakan dia nak tengok pasangan ini naik pelamin. Ini tulisnya: “I need pelamin please! Thank you.”

Kemudian pelakon Nad Zainal juga ada mengatakan hal yang sama di mana dia mahu menjamah nasi minyak yang sinonim dengan majlis perkahwinan. Ini komennya: “Nak makan nasi minyak dan juga tengok filem pusaka kedua”.

Penyanyi Daiyan Trisha juga ada memberi komen yang mana memuji pasangan ini sebagai pasangan yang amat comel dan sepadan. Ini kata-kata Daiyan: “Cute la korang berdua ni”.

Selain itu ada juga yang menulis komen mahu melihat kad kahwin dan banyak lagi komen tentang perkahwinan antara mereka berdua. Memang kuat sakat dan suka berseloroh para follower pasangan ini.

Untuk pengetahuan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mula rapat sekitar tahun 2016 apabila berganding buat pertama kali menerusi satu drama berjudul sekali aku jatuh cinta untuk tayangan drama di TV3.

Mereka berdua tidak menunjukkan hubungan secara terbuka di public dan hanya muatnaik gambar bersama pada tahun 2019.

Share this on...