Nama anak unik sampai dipertikai, ini jawapan Datuk Jamal Abdillah

4,438 views

Penyanyi bersuara emas, Datuk Jamal Abdillah kini bakal menimang seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya Datin Zai Ezzati Khiruddin.

Dari satu laporan, ketika ini, usia kandungan Datin Zai Izzati dah nak masuk ke trimester ketiga iaitu dah lebih kurang 6 bulan.

Ini merupakan anak kedua, selepas sebelum ini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan, baby girl yang diberi nama Nur Azura Yamani.

Menerusi satu perkongsian, Datuk Jamal telah pun menyediakan nama anak yang bakal dilahirkan itu. Dan nama yang dipilih ialah El Isaac Yamani.

Memang unik nama berkenaan, oleh itu ianya telah menerima pertikaian dari segelintir netizen. Melalui portal Harian Metro, Datuk Jamal menjelaskan pemilihan nama anaknya itu.

“Saya sendiri mmg dah pilih ejaan nama Isaac itu namun begitu, kalau ikutkan sebutan secara Bahasa Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi Ishak. Akan tetapi, banyak yang luahkan pendapat pada saya.

“Bila je saya pilih nama El Isaac ini, ada juga yang cakap bahawa “El” tu datang pula dari perkataan Yahuudi, manakala Isaac kononnya sama macam nama orang dari barat.

“Kenapa saya ambil nama berkenaan, sebabnya nanti panggilan hariannya anak itu nanti adalah Zack, ini bersempena watak pernah saya berlakun dalam filem Azura tu”.

“Sebutan je lain sikit.  Macam nama Isaac, ramai yang tahu ianya untuk Nabi Ishak, tapi orang barat sebut sebagai Isaac. Begitu juga dengan byk lagi nama lain macam Daud yang jadi nama David, Yusuf iaitu Joseph dan Mariam jadi Marry.

“Yang pastinya, niat utama saya adalah nak pilih nama Nabi Ishak, niat saya ni biarlah Tuhan yang tahu. Selain tu, memang juga tujuan sy nak cari nama yang dekat dengan panggilan Zack. Oleh itu Isaac tu memang dekat dengan anma Zack”.

Itulah penjelasan dari Datuk Jamal Abdillah tentang nama bayi yang akan dilahirkan tak lama lagi.