Nama kamu memang takde dalam list, lepas kenal perangai kat set

2,660 views

Isu antara Michael Ang dan pelakon Fikry Ibrahim tba-tiba meletus semalam. Ini setelah Michael Ang secara terbuka mengentam Fikry di laman instagram miliknya.

Hal ini tercetus setelah satu pendedahan dari Fikry Ibrahim menerusi Melodi TV3, yang mengatakan kononnya ada seorang penerbit atau pengarah yang menjejaskan namanya di belakangnya, Fikry turut bengang apabila pengarah berkenaan muatnaik video seperti memburukkan namanya di laman media sosial.

Individu yang dimaksudkan ialah Michael Ang dan pengarah ini sendiri mahu Fikry agar sebut terus namanya.

“Salam buat semua, Fikry Ibrahim sila hadam ni ye. Pihak Melodi boleh guna video ini untuk respon saya. Semua orang pun tahu, kalau aku nak sembur seseorang, aku ni akan mention nama orang tu, tak ada maknanya aku nak bersembunyj.

“Dan lagi satu, aku lupa cakap yang mana dari mula lagi nama kamu tidak ada pun dalam senarai pelakon yang saya nak. Pihak TV stesyen yang nak walaupun saya dah cakap kalau boleh saya tak nak guna kamu selepas kenali perangai kamu masa penggambaran Rahsia Hati Perempuan dan tahu apa yang kamu buat kat set penggambaran Akasia. Tapi pihak TV stesyen yang nak sangat saya offer kamu. Kalau ikutkan logik akal apabila kamu tidak boleh buat penggambaran, sudah tentulah saya akan rasa happy. Sekian terima kasih. Kepada mereka yang nak pertahan idola korang ni, sila hadamkan juga.  Korang komen guna fakta, aku post untuk balas apa yang orang mulakan dulu, isu ni untuk defend diri saya ni.

Menerusi video dari Michale Ang, pengarah ini mengatakan tak ada satu namanya yang disebut sebelum ini yang mana kononnya di aada menjejaskan namanya.

“Yang kamu ada terasa bila saya ada sebut tentang virus FI itu dah kenapa, kamu ke tu? Tiada satu pun orang yang teka nama kamu”.

“Kemudian ada cakap saya burukkan kamu, saya burukkan tentang apa. Saya bagitau orang TV stesyen awak ada penggambaran lain selama 10 hari lepastu ada penggambaran Keluarga Baha Don dan sebab itu tak jadi nak buat drama saya”

“Pihak Tv stesyen kemudian ada tanya, pastikah itu sebabnya? Oleh itu saya beritahu, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, maybe kamu tak nak berlakon sama kerana dia dari bekas syarikat pengurusan kamu dulu tu. Saya cakap itu ja, saya cakap maybe saja”

“Ada saya cakap kamu tu menipu, ambil tawaran berlakon lain dan tolak tawaran berlakon dengan saya, takada pun saya cakap macam tu.

“Tentang panggilan telefon, saya tak call semula sebab dah tak penting. Dah tak boleh nak buat, tak boleh buatlah”.

Selain itu Michael Ang pula sempat juga mempertikaikan Fikry Ibrahim yang diibaratkan tak ada prinsip tentang pegang-pegang tangan dan tutup rambut tapi kalau sekarang ni dilihat dah boleh.