Nama resipi “isteri disumbat dalam tong”, ini respon dari Maria Tunku Sabri

2,181 views

Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika memasak.

Nama berkenaan melibatkan kes yang berlaku di Johor baru-baru ini melibatkan kes suami dan isterinya yang dijumpai dalam tong.

Maria memberi menu masakannya sebagai “suami isteri sumbat dalam tong sekali dengan sayur campur special”.

Seorang chef turut memberi nasihat agar nama sebegini tak perlu dibuat. Chef Deedee dari Deedee Cooks mengatakan jangan guna keperitan orang lain dan guna tajuk resipi berkaitan kes sebegitu. Ianya tak elok.

“Ambil kesempatan di atas kesulitan orang lain. Perhatian kepada semua tukang masak di dunia. Janganlah gunakan nama dan tajuk menu makanan untuk konten anda berkaitan dengan kes sedemikian. Ianya amat biadab, tak ada etika.”

“Wake up Malaysia. Ianya tak lawak dan tak perlulah kita nak cari publisiti murah sedemikian. Juga sila hormati makanan, kerana ianya adalah rezeki.”

“Saya ambil hal makanan ini secara serius. Saya juga memberi nama yang lucu dan menarik pada makanan tetapi bukan seperti itu.”

Sementara itu, melihat ruang komen, Maria ada menjawab tentang isu ini yang mana dia mengatakan tak ada niat untuk mempermainkan isu ini terutama kepada mangsa.

“Saya tiada pun ada menghina arwah mangsa. Saya petik tajuk akhbar untuk kongsi dengan followers selebihnya hanya nak hiburkan followers itu sahaja tak ada pun niat lain. Tiada juga ayat saya kecam simati pun.”

“Kerja sesetengah netizen yang selalu berkaitan dengan hal tak positif ini. Banyak fake account yang selalu hentam selebriti.”

Memang diketahui bahawa Maria suka beri nama mengikut isu semasa kepada makanannya. Sebelum ini pun ada satu kes yang jadi isu tentang nama menu Maria.