Neelofa dan Pu Riz sedondon di wedding adik Lofa

30,300 views

Hujung minggu lalu adik lelaki kepada selebriti tersohor Neelofa iaitu Aqief diijabkabulkan dengan pasangannya bernama Aina Syahira. Majlis perkahwinan mereka berdua telah dibuat dengan penuh kemeriahan, maklumlah nak sambut raja dan permasuri untuk sehari kan.

Dari perkongsian di laman Instagram, majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan mantap dari penyanyi berkaliber, iaitu Hael Husaini.

Sedang melayan, video Hael Husaini, sekali ada kelihatan individu yang paling mencuri perhatian pada hari berkenaan.

Individu itu tak lain tak bukan ialah penceramah dan selebriti iaitu Pencetus Ummah Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

Mana tak nya, ada satu video menunjukkan kakak Neelofa iaitu Nabila secara berseloroh merakan video Neelofa duduk selang beberapa kerusi dan sedang berbicara dengan Pu Riz. Malahan siap ada satu emoticon love turut disertakan.

Kemudiannya, ada satu video menunjukkan Nabila bergurau dan mengatakan Pu Riz ni tak boleh pegang dan dah berpunya.

Video ini menjadi viral setelah dikongsikan di beberapa akaun laman media peminat Neelofa.

Ini video yang mana Nabila ada bergurau tentang Pu Riz dah berpunya, jom layan video ni.

Lebih menarik, kedua mereka ini kelihatan mengenakan pakaian yang sama warna dan mengikut tema iaitu warna biru cair.

Kalau ikutkan, Pu Riz ni bukanlah ahli keluarga, jadi ramai juga netizen tertanya, kenapa Pu Riz turut mengenakan pakaian ikut tema, sama padan betul dengan Neelofa.

Selain itu, Pu Riz turut dirakam ada bergambar bersama kelurga Neelofa, namun tidaklah ada gambar secara berdua.

Namun ianya ternyata tetap membuatkan peminat Neelofa rasa gembira dan rata-rata suka sekiranya betullah Neelofa ada apa-apa dengan Pu Riz.

Mengimbas kembali kisah mereka, Neelofa sebelum ini akui dia dan Pu Riz memang lama dah kenal malah sering bekerjasama sebelum ini.

Namun begitu, Neelofa dan Pu Riz pernah mengatakan hubungan mereka berdua hanyalah rakan sahaja dan ketika itu tiada sebarang hubungan istimewa.

Dikesempatan ini diucapkan tahniah kepada adik lelaki Neelofa Aqief kerana dahpun bergelar suami. Semoga hubungan dengan isteri akan sentiasa menerima rahmatnya.

Share this on...