Neelofa dan Pu Riz tak scan aplikasi MySejahtera

4,114 views

Pelakon dan pengacara Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris disahkan akan didakwa di mahkamah pada hari ini.

Dari laporan Harian Metro, mereka didakwa bukanlah atas kesalahan merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet, tetapi atas kesalahan lain.

Kedua mereka akan didakwa di Mahkamah Seremban kerana tak patuhi dengan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakkan.

Neelofa akan didakwa dengan satu pertuduhan manakala suaminya yang lebih dikenali dengan nama Pencetus Ummah Riz atau PU Riz akan berdepan dengan dua pertuduhan.

Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superintendan Mohd Fazley Abdul Rahman mengesahkan hal berkenaan.

Kedua mereka dituduh berdasarkan Peraturan 19 dari Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang telah ditetapkan.

Ini kenyataan dari polis tentang kesalahan yang dilakukan oleh kedua mereka.

Muhammad Haris dihadapkan atas dua pertuduhan iaitu yang pertama dia telah gagal untuk buat imbasan atau scan aplikasi MySejahtera ataupun menulis secara manual di dalam buku untuk masuk ke premis. Tuduhan kedua pula ialah Haris didapati tak pakai mask, pelitup muka di tempat awam. Kedua arahan ini telah dikeluarkan sebagai SOP.

Sementara itu, Neelofa pula dituduh kerana gagal scan aplikasi MySejahtera untuk check in atau pun menulis nama secara manual di dalam buku yang disediakan.

Hukuman untuk setiap pertuduhan ialah denda dengan jumlah tak lebih dari RM50 ribu atau pun hukuman penjara tak lebih enam bulan ataupun kedua-duanya.

Polis terus mengingatkan semua roang untuk sentiasa patuh dengan SOP yang ditetapkan agar dapat mengurangkan kes yang semakin meningkat naik sejak akhir-akhir ini.

Dan memang tak ada istilah seseorang individu itu akan dapat atasi undang-undang.

Diimbas kembali, Neelofa dan Pu Riz didapati telah merentas negeri ke Nilai, untuk membeli karpet dan ini membuatkan netizen mempersoalkan tindakan selebriti berkenaan.

Yang terbaru, Neelofa dan family sekali lagi disiasat setelah didapati berkumpul di hari raya pertama.