Neelofa resign sebagai pengarah Air Asia, ini alasannya

3,614 views

Syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia Bhd telah buat satu pengumuman semalam yang mana mengesahkan bahawa selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor telahpun meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat tersebut.

Neelofa yang kini berusi 31 tahun, telah menghantar surat meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif untuk syarikat AirAsia pada tarikh 17 Ogos baru-baru ini.

AirAsia juga telah membuat makluman kepada Bursa Malaysia yang mana, syarikat penerbangan berkenaan menerima notis peletakan jawatan dari Neelofa bertarikh 17 Ogos yang mana pelakon dan pengacara itu turut memberi punca kenapa meletak jawatan.

Jelas pihak Air Asia, Neelofa memberikan alasan ada komitmen peribadi lain sebagai punca beliau meletak jawatan.

Ini kenyataan dari pihak Air Asia tentang hal ini: “Neelofa dah resigned disebabkan ‘her other personal commitments’. Syarikat ini dah terima satu notis resignation bertarikh 17 August 2020 daripada Miss Neelofa di pejabat pada tarikh 19 Ogos 2020”.

Sehingga kini Neelofa tiada buat sebarang kenyataan kepada umum tentang perletakan jawatannya itu.

Pada bulan Disember tahun 2017, ahli lembaga pengarah syarikat AirAsia Bhd telah sebulat suara untuk melantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif.

Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini pernah memuji kehebatan Neelofa sebagai selebriti dan juga usahawan yang berjaya mencipta fenomena tudung di dalam dan juga di lura negara.

Malah Neelofa juga dipuji kerana reputasinya yang diperakui sehingga berjaya masuk ke dalam Forbes Asia.

Neelofa berjaya menerusi empayar tudung dengan jenama Naelofar Hijab dan kini Neelofa juga dilihat sdang giat mempromosikan jenama air minuman susu pisang Nilofa pula.

Pada tarikh 7 Ogos yang lalu, ada laparan mengatakan bahawa Nelofa di lantik sebagai duta region asia tenggara untuk syarikat gergasi dari Perancis iaitu Lancome. Beliau meruapkan wanita berhijab pertama yang menjadi duta untuk Lancome.