Nelydia Senrose dapat kereta mewah pula, sehari selepas Uqasha dilamar

2,170 views

Satu lagi perkhabaran gembira buat adik beradik Senrose. Selepas Uqasha Senrose menerima lamaran yang dibuat oleh Kamal Adli secara di kaca televisyen, kali ini giliran adik Uqasha pula iaitu Nelydia Senrose menerima satu lagi kejutan yang best juga.

Semalam Nelydia Senrose telah menerima hadiah iaitu sebuah kereta mewah berjenama terkenal Mercedes Benz.

Hal ini telah dikongsikan oleh adiknya iaitu Raysha Rizrose melalui satu update di Insta story. Raysha telah upload gambar kereta baru milik Nelydia Senrose itu iaitu keret Mercedes Benz berwarna hitam.

Ini caption yang ditulis oleh Raysha Rizrose: “Semalam kakak saya yang seorang tu iaitu Uqasha telah dilamar. Pada hari ini pula seorang lagi kakak saya iaitu Nelydia, dapat present kereta baru pulak. Saya amat gembira untuk kak Nelydia. Terima kasih bawa saya jalan-jalan tadi”.

Menerusi perkongsian itu tidak ditulis siapakah yang memebri hadiah kereta mewah Merceds benz kepada Nelydia. Namun ramai yang membuat andaian bahawa sudah tentu ianya dari suami tercinta, Mohd Hafez Halimi.

Apatah lagi, sebelum itu, Nelydia bersama suaminya dan Raysha telah pergi makan bersama di sebuah kedai makanan Jepun. Mereka dilihat menjamu selera makanan seperti wagyu Jepun, dan juga sushi.

Nelydia ada membalas IG story milik Raysha itu dan mengucapkan terima kasih kepada Raysha kerana muatnaik gambarnya bersama kereta baru.

Malah Nelydia juga berkata dia tak sabar nak lihat baby keluaran Raysha iaitu produk kecantikkan yang bakal dikeluarkan oleh Raysha Rizrose diberi nama Glowera.

Selain berlakon, Nelydia juga memilik perniagaan sendiri iaitu business barang kemasnya yang di beri nama Nelydia Jewels.

Uqasha, Nelydia dan Raysha boleh dilabel sebagai antara pelakon adik beradik yang terkenal di Malaysia. Semuanya kini berjaya dalam dunia lakonan dan telah masuk ke alam perniagaan.

Share this on...