Nelydia Senrose diperintah mahkamah untuk bayar RM89 ribu

23,727 views

Nelydia Senrose hari ini diperintah oleh pihak mahkamah untuk bayar ganti rugi sebanyak RM89 ribu kepada syarikat Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Ini setelah syarikat tersebut berjaya menang saman kepada Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, atas sebab melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, pada tahun 2019.

Hakim memerintahkan pelakon berumur 26 tahun itu bayar ganti rugi selaku defendan kedua, ganti rugi khas bagi event preparation berjumlah RM16 ribu, ganti rugi am RM10 ribu, kos perkhidmatan RM62 ribu dan kos lain RM10 ribu.

Tuntuan dari pihak Chriszen berkenaan kos perkhidmatan RM102275, mahkamah berpendapat Nelydia hanya kena bayar RM62,275. Ini setelah ambil kira Nelydia membelanjakan RM40 ribu untuk sesi gambar.

Hakim menyatakan bahawa Nelydia dilihat tak ikhlas ketika menjadi duta jenama Chriszen.

Mahkamah mendapati Nelydia lebih utamakan percutian bulan madu daripada mematuhi perjanjian sebagai duta jenama tersebut. Dengan itu, pihak mahkamah mendapati alasan sebenar kenapa Nelydia tak datang ke event pelancaran produk Chriszen adalah disebabkan pergi berbulan madu dan bukan kerana pihak Chriszen tak beri notis”.

Diimbas kembali, pada 7 Oktober 2019, pihak syarikat Chriszen Malaysia telah saman Alfie Management dan Nelydia Senrose sebagai defendan pertama dan kedua.

Chriszen Malaysia memberitahu Nelydia Senrose dipilih menjadi duta jenama Chriszen menerusi satu perjanjian bertarikh 21 Disember 2018. Nelydia dikatakan kena promo produk dan buat post tentang produk sebanyak 15 kali di laman media sosial.

Kemudian pada Mac 2019, Nelydia dikatakan telah bersetuju untuk datang ke satu event pelancaran produk Chriszen yang akan dijadual berlangsung pada tarikh 25 April 2019.

Namun pada tarikh 12 April 2019, Nelydia menyatakan dia tak dapat ke event itu dan dikatakan tidak memberi penjelasan munasabah.

Chriszen mendakwa, defendan pertama iaitu Alfie Management, sebagai pihak pengurusan Nelydia, tidak buat sebarang langkah ketika Nelydia tidak hadir ke event itu.

Kegagalan Nelydia untuk hadir ke event, menyebabkan reputasi Chriszen Malaysia tercalar dan syarikat itu terpaksa menanggung rugi dan memilih untuk tuntut semula kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang telah diberikan kepada Nelydia dan juga Alfie Management.