Netizen kecewa King Coco jadi wakil jawatankuasa Bersatu

3,832 views

Popular di laman media social, King Coco kembali jadi sebutan ramai. Sebelum ini King Coco jadi popular gara-gara buat video kononnya dia cakap pelat bagaikan orang putih. Kemudian King Coco bertambah popular setelah berkahwin dengan Kapten Azrin yang cetuskan isu yang agak besar juga oleh para netizen.

Pada tahun ini, setelah tukar kerajaan, King Coco jadi sebutan kerana menang dan jadi wakil bahagian untuk parti Bersatu.

King Coco telah menang setelah diundi untuk jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak dengan menumpaskan dua orang calon lain.

Undian ini dibuat pada hari Ahad yang lalu dan ianya kini menjadi buah mulut netizen. Jika diamati, ramai yang meluahkan rasa hairan kenapa individu seperti King Coco diangkat jadi wakil Bersatu.

“Pilih ketua macam begini kah? Patut lah politik Malaysia ni langsung tak berkembang” Itulah antara luahan dari netizen setelah mengetahui hal berkenaan.

“Kenapa pilih orang macam ini sebagai wakil. PBMM sila cari wakil yang lebih layak” Luahan warganet yang lain yang ternyata kecewa dengan pemilihan King Coco.

Berbalik kepada majlis mesyuarat parti berkenaan, King Coco hadir ke majlis berkenaan dengan memakai baju kurung merah untuk menunggu sesi pengumuman keputusan pemilihan Bahagian Bagan Serai.

Ada tiga orang calon dan pengumuman telah dibuat yang mana King Coco mendapat 62 undi berbanding 40 lebih undi untuk calon di tempat kedua dan 15 undi untuk calon satu lagi.

Ketika keputusan diumumkan, hadiri dilihat bersorak dan bertepuk tangan dan kemudiannya King Coco melompat kegembiraan setelah mendengar keputusan berkenaan. King Coco kemudian berpelukan dengan beberapa individu yang juga penyokongnya.

Sehingga kini, wanita ini tidak ada update tentang perkara ini di laman media social miliknya dan tiada sebarang kenyataan dari King Coco tentang hal ini.