Netizen persoal boleh naik satu kereta empat orang, Neelofa buka mulut

2,582 views

Pagi tadi, Neelofa dan suami Muhammad Haris hadir ke Ibu Pejabat Daerah Seremban untuk beri kenyataan tentang tidak mamakai mask ketika datang ke mahkamah baru-baru ini.

Ada satu video tersebar yang mana selepas selesai beri keterangan, Neelofa, Pu Riz dan peguammnya keluar bersama.

Setelah diserbu dan ditanya para wartawan, ketiga-tiga mereka masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dari para netizen di luar sana yang mengatakan sekali lagi Neelofa langgar SOP.

Kali ini berkenaan peraturan menaiki kereta melebihi tiga orang, dan kalau dikira kes Neelofa ini sudah empat orang satu kereta termasuk pemandu.

Menjawab dakwaan netizen, akhirnya pihak Neelofa mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang hal ini.

Ini jawapan dari Neelofa. “Saya dan peguam tak pulang ke Kuala Lumpur naiki kereta yang sama.

Kemudian Pu Riz turut memberi komen setelah ditanya oleh pihak media tentang isu naik kereta empat orang itu. Ini pula kenyataan dari Pu Riz.

Saya dan isteri terima surat kebenaran untuk rentas negeri dan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Seremban pagi tadi. Kebetulan peguam kami pun memang ada kes di Mahkamah Seremban. Pada masa sama, mahkamah dan IPD ini memang berdekatan.

Untuk pengetahuan, saya dan isteri naik satu kereta sama. Oleh itu, kami tunggu peguam habis kes dan telah bergerak sekali ke IPD. Selepas selesai beri keterangan dengan pihak polis, kebetulan pihak media ramai yang dah tunggu di depan pondok.

Oleh itu, kami turunkan semula peguam ke kereta yang diletakkan di parkir mahkamah. Jarak kedua tempat ini tak jauh. Apabila peguam masuk kereta kami, orang ingatkan kami memang naik satu kereta dari Kuala Lumpur. Mungkin kamera CCTV di kawasan IPD dan mahkamah boleh nampak sebagai buktinya.

Kami memang naik kereta asing. Jadinya, tiada isu naik satu kereta. Hanya keluar dari perkarangan IPD dan turunkan peguam di mahkamah.

Itulah kenyataan dari Neelofa dan Pu Riz tentang hal ini. Mereka bukan datang bersama dari Kuala Lumpur empat orang. Hanya tumpangkan peguam dari IPD ke ruang parkir mahkamah saja.

Share this on...