Okey saja tengok dia, tak serabai, ini keadaan terkini Engku Emran

4,066 views

Kisah antara perkahwinan Engu Emran dan artis popular negara seberang iaitu Laudya Cynthia Bella akhirnya diketahui ramai dan mereka kini bukan lagi pasangan suami isteri.

Pasangan ini sudah pun berpisah secara rasmi setelah berkahwin selama lebih kurang dua tahun sahaja.

Engku Emran memang jarang nak update tentang perkembangan terkininya ketika banyak buah mulut yang bercerita tentang rumahtangganya dengan Laudya Cynthia Bella.

Malahan Engku Emran pernah menutup akaun laman media miliknya kerana tak mahu jadi tumpuan umum.

Kini, selepas lebih kurang sebulan kembali menjadi duda, penampilan terkini Engku Emran menjadi bualan orang ramai.

Ini setelah Engku Emran muatnaik satu foto menunjukkan dirinya dalam keadaan kurang tak terurus dengan rambut yang kusut dan misai yang panjang.

Foto ini sekaligus membuatkan ada netizen membuat tanggapan Engku Emran jadi sedemikian kerana kisah perkahwinannya yang tidak berjaya dengan Bella.

Namun begitu, ramai mula menulis pendapat mengatakan itu adalah perkara biasa kerana Engku Emran muatnaik gambar itu setelah berbasikal.

Dari gambar, ada info menunjukkan Engku Emran baru sahaja selesai berbasikal dengan jarak yang amat jauh iaitu 372 kilometer mengambil masa lebih 15 jam.

Oleh yang demikian, sudah tentulah keadaannya Engku Emran dilihat macam tak terurus, ianya kerana baru selesai bersukan.

Ini antara komen netizen: “Dia kan baru saja lepas habis aktiviti naik basikal, dia bukan lepas buat kelas modelling, aduh netizen ni pun ada saja yang tak kena”.

“Jarak jauh 372km tu kalau prang biasa naik kereta, makeup pun boleh tanggal. Ni apatah lagi kalau naik basikal. Dah tengah letih baru kayuh basikal sampai 372km, takkan lah mahu buat muka smart semata”

Itulah respon balas dari mereka yang membidas komen kurang wajar tentang Engku Emran. Gambar lepas naik basikal pun kena pertikai, macam-macam hal.

Kalau dilihat di laman instagram milik Engku Emran, dia memang okey sahaja, dan sedang sibukkan diri dengan aktiviti berbasikal. Engku Emran juga baru sahaja ke Cherating dan dalam keadaan yang baik sekali.