Orang kata saya cari lelaki berduit, mestilah, Atikah Suhaime

2,332 views

Pelakon cantik Atikah Suhaime tampil membuat satu kenyataan berani kali ini. Gadis ini pada mulanya mencuri perhatian apabila dikaitkan dengan seorang Dato sebagai kekasih barunya.

Hal ini telah disahkan oleh rakan dan pihak yang rapat dengannya. Atikah Suhaime dikatakan sedang dilamun cinta dengan jejaka bernama Datuk Lokman Teh, seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Apabila hal ini diketahui ramai, ada yang beranggapan Atikah hanya mahu mencari lelaki yang mempunyai poket tebal.

Atikah Suhaime menjawab persoalan ini di laman media sosial bahawa dia kini memang nak cari lelaki yang lebih stabil dan mempunyai kemampuan dari segi kewangan.

Berdasarkan pengalamannya, Atikah sempat memberi nasihat pada semua gadis di luar sana agar jauhkan diri dari lelaki biawak hidup atau yang suka ambil wang dari wanita.

Atikah juga bercerita yang mana ada bekas kekasihnya yang sampai kini masih tak pulangkan barang miliknya iaitu laptop. Jom baca luahan dan pendedahan dari Atikah Suhaime.

“Jadi gadis semua, kalau lelaki selalu minta wang dan diri mereka sendiri tak ada usaha nak cari wang, baik tak payah dah. Elok jadi single saja seumur hidup dari hidup dengan parasit”.

“Saya harap tiada yang tertipu dengannya selepas ini. Dia juga ada ambil wang saya dan tidak pernah pun pulangkan atau bayar balik. Duit bekas kekasih yang dulu pun dia dia ambil”.

“Dan orang kata saya cari lelaki yang berduit. Memanglah giler. Tunggulah pengalaman yang mana kerja teruk dan lihat bank akaun tetap kosong. Nak bagi mak ayah duit pun tak ada”.

Alamak, agakanya siapakah yang diperkatakan oleh Atikah Suhaime ni ye. Yang penting bekas kekasihnya lah.

Apapun semoga Atikah Suhaime berbahagia dengan kekasih hati barunya itu iaitu Datuk Lokman Teh.

Share this on...