“Orang tak mampu memanglah cakap no class” Isu Dato Seri Vida pakai cincin emas besar

2,645 views

Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat besar dipakai olehnya.

Semua mata terus tertumpu kearah jari Dato Vida yang mana cincin itu dilihat terlalu besar sehingga ada yang melabelnya keterlaluan.

Ada netizen memberi komen ianya tak nampak macam cincin tetapi nampak macam brooch atau keronsang.

Menjawab pertanyaan tentang barang kemas berkenaan menerusi laporan Kosmo, Vida mengatakan itu adalah cincin emas yang direka olehnya sendiri.

“Mana ada brooch atau pun kerongsang. Itu adalah cincin yang direka design oleh saya sendiri. Sekarang ni saya seorang saja yang pakai cincin tu kat Malaysia.”

Walaupun nampak mahal namun ada netizen dilihat telah perlekeh barang kemas yang dipakai oleh Vida itu. Namun bagi Vida, itu adalah emasnya, suka hati dialah nak pakai.

“Kalau itu adalah brooch, memang koyaklah baju. Itu memang cincin rekaan dari kedai saya iaitu Telaga Emas.”

“Memang saya seorang saja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Sukahati sayalah kalau nak pakai cincin emas yang besar.”

“Orang yang tidak mampu nak beli memang akan cakap macam ianya ‘no class’, cuba kalau orang tu mampu, macam mana, high class lah.”

Di Instgram ini pula komen dari Dato Seri Vida: “Kalau mampu, takkan nak beli yang kecil kan. Lagi pun saya ni meniaga emas. Lepas ni nak pakai fashion piring astro pula.”

Dato Seri Vida memuat naik sebuah video menunjukkan dia memakai barnag kemas ketika menonton video anaknya, Cik B beraksi secara live bersama Azwan Ali dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar.

Kemudian Dato Seri Vida juga ada tunjuk barang kemas berkenaan di satu video di akaun TikTok.

Share this on...