Pada umur 19 tahun, Ameera Khan akui dah kahwin di London?

21,129 views

Nama Ameera Khan bukan lagi asing buat masyarakat dan netizen di Malaysia, meskipun dia bukanlah seleberiti terkenal. Namun pemilik nama ini dikenali ramai kerana tempias populariti daripada kakaknya iaitu Neelofa.

Neelofa atau lebih dikenali dengan nama Lofa sememangnya artis yang sangat popular di Malaysia, malahan Neelofa juga dikenali di luar negara. Kalau dah artis popular sudah tentu semua ambil tahu tentang diri Neelofa dan ini termasuklah adik beradiknya. Kalau ikutkan hamper semua adik beradik Neelofa ada follower tersendiri iaitu Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan.

Dalam perkembangan terbaru, baru-baru ini dikatakan bahawa Ameera Khan di khabarkan telah kembali aktif semula di laman sosial Instagram miliknya selepas menyepi buat seketika.

Ameera atau lebih dikenali dengan nama Lilttle Miss Khan telah menjadi tumpuan ramai apabila dia mula memuat naik foto terbarunya.

Disebalik tumpuan yang diberikan itu juga telah menjadi perhatian warga netizen apabila ada individu yang sempat bertanya pada Ameera tentang status terkininya.

Dikatakan bahawa adik Lofa itu telah pun berkahwin di London baru-baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Ameera tentang pertanyaan itu adalah secara ringkas menjawab “yes“.

Apabila diajukan soalan yang sama tetapi oleh individu lain dia juga membalas jawapan tersebut dengan emoji senyum.

Disebabkan berita itu juga ternyata ramai yang seakan tidak percaya dan ada juga yang sangat gembira dengan berita tersebut dan telah mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut.

Sebelum ini, Ameera Khan ada membuat satu ucapan khas buat jejaka bernama Idzham, ini ucapan romantik itu: “You (Idzham) have given me so much love, I wake up every day feeling so blessed because I’ve you as my partner. I owe you every thing. me and you forever, i love you forever

Namun, sepanjang pemerhatian tiada lagi sebarang kenyataan secara rasmi yang dikeluarkan atau daripada pihak keluarga Ameera sendiri berkenaan berita tersebut.

Ramai juga yang ternanti-nanti dengan kenyataan rasmi daripada Lilttle Miss Khan dan juga lelaki yang dikenali sebagai Idzham yang selalu muncul dalam Instagram miliknya.

Jika benar perkara ini sudah pastinya ia adalah berita yang sangat mengembirakan. Tahniah juga diucapkan buat Lilttle Miss Khan dan pasangannya. Semoga semuanya berjalan dengan baik sahaja.