Pakai tudung, King Coco cuba berhijrah

2,870 views

Kalau menjelma sahaja bulan Ramadhan, dapat dilihat banyak para selebriti dan instafamous yang berpakaian lebih sopan da nada juga yang memilih untuk bertudung untuk menghormati bulan puasa yang amat mulia ini.

Ini sememangnya satu usaha yang baik bagi membanyakkan lagi ibadah serta dapat membuatkan seseorang itu untuk muhasabah diri serta baiki diri menjadi insan yang lebih beriman.

Pada tahun ini, antara yang mengenakan tudung ialah Mawar Rashid, Zizi Kirana, Fazura dan ada beberapa artis lain.

Tak lupa juga, seorang instafamous yang pernah banyak kali viral iaitu King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail turut sama untuk membuat perubahan ini.

King Coco telah upload video dan juga gambarnya memakai tudung serta menutup aurat sejak tibanya bulan puasa ini. Ini sekaligus membuatkan ramai netizen tertanya adakah King Coco sudah berhijrah sepenuhnya.

Menjawab persoalan berkenaan, King Coco tampil membuat satu penjelasan. Wanita ini menyatakan sebenarnya dia belum lagi memakai hijab sepenuhnya. Cumanya ketika ini dirinya sedang dalam percubaan untuk bertudung dan King Coco minta orang ramai doakan yang terbaik untuk dirinya.

“Jangan silap dan salah paham. Saya sebenarnya masih belum pakai tudung sepenuhnya. Insyaallah saya sedang bertatih lagi. Minta doa yang baik-baik ya. Sempena bulan Ramadhan ini saya cuba saja dulu”.

Diimbas zaman popularitinya, King Coco pernah jadi topic hangat apabila pernah mengaku ada banyak darah campuran keturunan. Ketika itu ungkapannya iaitu a lot of mix selalu jadi bahan dan dibuat parody sampai nama King Coco mencanak naik.

Menjengah umur 19 tahun, King Coco telah berkahwin pada 2017 dan kini mempunyai seorang anak lelaki.

Baru-baru wanita ini sekali lagi curi tumpuan apabila masuk ke dunia politik dan berjaya menang dan dilantik sebagai Ketua Srikandi Bersatu untuk bahagian Bagan Serai di negeri Perak. Ianya mendapat respon yang berbelah bagi dari netizen.

Share this on...