Parents Tak Puashati Cikgu Bagi Banyak Homework Kat Anak Masa Cuti Sekolah

2,266 views

Semakin hari semakin sukar bagi para guru atau cikgu untuk memberi pendidikan kepada anak-anak zaman sekarang jika dibandingkan dengan zaman pendidikan masa lepas.

Tidak keterlaluan dikatakan cikgu pada hari ini bukan sahaja harus melayan anak murid mereka di sekolah, tetapi sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan urusan.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi screenshot satu aduan ibu bapa anak murid diberi kerja sekolah yang dikatakan banyak semasa musim cuti sekolah.

Pengguna Twitter tersebut mebahawa menunjukan satu screenshot perbualan di antara kawannya yang merupakan seorang guru dengan ibu bapa kepada salah seorang anak murid.

Melalui screenshot itu, dia berkata kawannya ibu bapa kepada anak muridnya tidak puas hati selepas memberikan kerja rumah yang banyak pada cuti sekolah baru-baru ini.

Jelas dalam paparan itu, ibu atau bapa kepada murid itu telah  memarahi guru tersebut selepas dimaklumkan oleh anaknya yang dia mempunyai banyak kerja rumah untuk dilakukan.

Ini tulis pengguna Twitter itu: “Kesian member aku. Jadi cikgu then Bagi homework time cuti sekolah dkt student pun, parents sampai text kat dia macamni. Aku dulu kerja sekolah banyak pun siap bawak balik kampung nak siap kn. tapi parents sekarang… korang tengoklahh niii

Dari mesej berkenaan, ibu bapa tersebut menyatakan, pihak sekolah tidak patut bagi kerja sekolah yang banyak kerana ia adalah musim perayaan di mana anaknya sepatutnya meluangkan masa dengan saudara mara ketika berada di kampung.

Akibat dari pengkongsian lelaki itu mendapat perhatian para netizen di mana ada sesetengah yang memihak kepada guru tersebut, dan juga tidak kurang juga bersetuju dengan tindakan ibu bapa murid tersebut.

Beberapa pengguna Twitter berpendapat bahawa ia semua adalah tentang cara uruskan masa. Ibu bapa murid itu tak patut nak salahkan cikgu saja.

Namun seorang netizen juga turut beri pandangan bahawa pada masa inilah ibu bapa harus memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah tersebut, kena pandai uruskan hal berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan ibu bapa itu. Seorang guru juga turut membalas posting tersebut, yang juga merupakan seorang guru berkata mereka tidak berniat untuk membebankan anak murid mereka dengan kerja rumah yang banyak pada musim cuti sekolah.

Tetapi namun jelasnya lagi, perkara tersebut terpaksa dilakukan selepas mendapat arahan dari pentadbir sekolah bagi menjaga prestasi sekolah mereka.

Share this on...