Awal Ashaari dan Scha Alyahya telahpun selamat menerima kehadiran anak kedua mereka minggu lalu.
Oleh itu kini fokus semua orang adalah kepada baby baru kepada pasangan ini yang diberi nama L. Sehingga kini masih lagi belum ada update terkini berkenaan nama dan juga foto baby berkenaan. Ramai yang masih tertunggu-tunggu.
Semalam, Scha dilihat ada menulis warkah khas buat anak sulung mereka Lara Alana.
Walaupun dengan kehadiran baby baru, Scha mengatakan bahagian paling susah adalah melihat anak sulung mereka itu. Jom baca penulisan Scha.
“This is the hardest part. Lara Alana merupakan yang pertama saya buat semua perkara sebagai ibu. Kamu telah banyak ajar saya dan telah ubah diri mommy menjadi yang paling terbaik. Thanks for showing me the way. I will always, and forever love you, my first born, Lara Alana.”
“Assalamualaikum semua. Sigh, memang sayu sangat. Secara jujur, couple of days before saya memang ada rasa emotional. Memang nak tulis banyak lagi tetapi tidak mampu. Semoga daddy and mommy bolehlah untuk love them equally kan. They will always have a special place in our hearts.”
Ini pula nukilan dari Awal dan Scha kepada Lara Alana yang dilihat seakan mahu memujuk anak sulung itu.
“Kepada Lara Alana, kamu dah ubah kehidupan kami dalam banyak perkara. Banyak benda kita lalui bersama. Kami amat berbangga dengan kamu. Kamu taklah sempurna namun kamulah amat sempurna buat kami.”
“Terima kasih kerana beri kegembiraan dalam hidup kami. Memang amat bersyukur lahirnya Lara dalam hidup kami berdua.”
“Maaf jika sepanjang hiduo kamu berada di bawah radar, tetapi percayalah pada rezeki dan juga takdir.”
“Mommy dan daddy ada hadiahkan Lara seorang kawan, iaitu adik sebagai teman Lara. Jaga adik, sayangkan dia, macam mana semua orang sayang Lara.”
Di ruang komen, rata-rata memberi komen semangat buat pasangan ini dan berkata sememangnya hal seperti ini akan berlaku, ketika mendapat anak kedua.
Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah. Rupanya…
Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika…
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua…
Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat…
Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga. Pelakon…
Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona. Leona…
This website uses cookies.