Categories: Hiburan

“Patutnya saya jadi wali” – Fizo Omar tak dapat jadi wali untuk adik perempuannya

Nama pelakon Fizo Omar sejak akhir ini jadi tumpuan selepas umum tak lagi berumah tangga dengan Mawar Fareeda, memang satu perkara yang agak memeranjatkan ramai pihak. Tapi kali ini bukan berita tentang perkara berkenaan.

Dalam satu lagi perkembangan, Fizo akui berasa sediih apabila dia tak dapat jadi wali kepada adik bongsunya, Nini Adila yang mengadakan majlis perkahwinan pada hari Ahad yang lepas.

Ini kerana jadual Fizo Omar yang padat dan kini sedang membuat ibadah haji di kota Makkah.

Walaupun begitu, Fizo Omar berkata dia dah pastikan segala urusan perjalanan majlis pernikahan adik perempuannya itu berjalan dengan lancar tanpa kehadiran dirinya.

Ini tulis Fizo di IG: “Sediih, bangga. Sebagai brother dan ‘father’ kpd adik bongsu perempuan dn patutnya jadi WALI, ak rase sedih sbb tk bleh ade sekali ketika big day nya. Dah lma rancang nk sama tarikh, tapi perancangan NYA lebih baik, dia jemput aku jadi tetamu (haji) pada tahun ni. Jd aku serah saja pada NYA dan Alhamdulillah semua jln lncar. Adik bongsu yang aku sayang dh pun slamat nikah”

Untuk pengetahuan majlis nikah adik Fizo itu dgn pilihan hati bernama Khai dibuat di Masjid Besi Putrajaya minggu lepas.

Fizo juge ada menyatakan dirinya masih kuat terkenang kata-kata arwah ayahnya yang nak dia untuk jaga adik beradik dan keluarganya, dan jaga adik perempuan sampai mereka mendirikan ruamh tangga.

“Lepas arwah ayah pergi pada tahun2011, aku lah abg dan ayh pda adik-adik dn keluarga. Pesan arwah, jaga adik dn bimbing dia sampailah dia dah kahwin nanti.

“Itu tanggungjwb abg. Aku bangga dgan adik bongsu aku ini. Siang malam dia berusaha keras sbb dia nk balas balik jasa ibu serta adik beradik yg jaga dia selama ni.

“Aku percaya pasangan pilihan dia ni akn bimbing dn dapat bwa adik aku ke syurga. Tahniah utk kalian berdua. Semoga hingga ke Jannah. Abg sayang adik. Selamat datang ke keluarga kami, Khai”

Itulah ucapan Fizo buat adik nya yang dah pun selamat berkahwin itu. Tahniah buat adik Fizo dan semoga Fizo selamat jalani ibadah haji.

Recent Posts

Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin…

6 hours ago

“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie…

16 hours ago

Shaheizy Sam rugi RM500ribu, setengah juta tu..

Siapa yang tak kenal dengan watak utama filem Adnan Sempit dan juga Polis Evo. Nama Shaheizy Sam memang sentiasa diingati…

1 day ago

Tindakan mulia isteri Along Eyzendy, semoga syurga buatmu

Pelakon Along Eyzendy kini sedang hidapi sakit buah pinggang yang kronik. Kerana penyakitnya itu, buah pinggang telah rosak teruk sehingga…

1 day ago

Rozita Che Wan jawab dakwaan hubungan dengan suami dingin

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Rozita Che Wan dan suaminya iaiatu pelakon Zain Saidin tiba-tiab menjadi topic apabila ad…

2 days ago

Ezlynn report polis, failkan saman terhadap dua akaun Facebook

Penyanyi Ezlynn semalam akui ada dipanggil oleh pihak SPRM berkenaan kes pengubahan wang. Ezlynn telahpun beri kerjasama dan merakamkan keterangannya.…

2 days ago

This website uses cookies.