Pelakon drama youtube didakwa, buat report polis tipu, kononnya kena rogoI

3,424 views

Pelakon YouTube telah didakwa di mahkamah pada hari ini atas dua tuduhan buat pemerasan ke atas seorang lelaki dan telah buat report palsu mengenai satu kes rog01, pada bulan Disember yang lepas.

Tertuduh merupakan seorang wanita berumur 31 than bernama Nor Hafizah Shamsuddin. Ketika tuduhan dibacakan, Nor Hafizah mengaku tak bersalah dan minta dibicarakan.

Dari laporan, dakwaan pertama ialah pada 19 Disember 2020, tertuduh didakwa buat pemerasan keatas lelaki berusia 29 tahun sampai mendatangkan ketakutan. Nor Hafizah buat report yang tak betul mengatakan lelaki berkenaan buat sesuatu kepadanya.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk tuduhan kedua, tertuduh dikatakan buat report yang tak betul dan beri info palsu kepada pihak polis mengatakan kononnya dia telah diperk0sa oleh lelaki berkenaan. Laporan ppolis itu dibuat oleh tertuduh pada 20 Disember yang lepas.

Kalau didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara enam bulan dan denda atau keduanya sekali.

Pendakwa meminta agar pihak mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5000 untuk kedua-dua pertuduhan ke atas Nor Hafizah.

Namun, melalui peguamnya, rayuan dibuat oleh pihak tertuduh meminta jaminan dengan jumlah yang minimum. Ini disebabkan, Nor Hafizah adalah seorang suri rumah dan ada empat orang cahaya mata yang perlu dijaga. Anaknya kesemuanya masih lagi kecil.

Ini kata peguam kepada Nor Hafizah: “Suaminya hanya seorang perniaga kecil-kecilan. Situasi seperti ini amat membebankan anak guam saya apatah lagi ketika ini pergerakkan kawalan pergerakkan dan adanya musim covid19.”

Pihak Mahkamah kemudian bertimbang rasa dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM3500 untuk kedua-dua tuduhan. RM2500 untuk tuduhan pertama dan RM1000 untuk pertuduhan kedua.

Untuk perbicaraan kes selanjutnya, pihak mahkamah menetapkan tarikh pada 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tertuduh.