Pelakon veteran Abu Bakar Juah kini tenat akibat barah

3,641 views

Menerusi laporan dari portal hiburan Media Hiburan dan juga portal Harian Metro, pelakon veteran bernama Abu Bakar Juah yang sudah berumur 72 tahun kini sedang berjuang melawan penyakit barah.

Anak kepada Abu Bakar bernama Safinas memberitahu bahawa ayahnya kini hanya terbaring dan dilihat tak mampu beri respon balas yang baik.

“Sebelum ni ayah masuk hospital sebab ada jangkitan kuman. Seminggu dirawat, kini ayah dah discharge keluar. Sejak itu ayah hanya baring saja”.

“Kalau tengok, keadaan ayah boleh kata dia kini dah tenat. Kalau tanya apapun, ayah hanya mampu respon sepatah dua saja. Ayah pun dah tak ada buat rawatan apa-apa selain bergantung kepada ubat untuk elak kanser terus merebak”.

“Kini ayah duduk di rumah dan dijaga oleh ibu serta anaknya, kami empat adik beradik. Kami memang reda dan harap semua urusan dipermudahkan. Apapun, saya syukur, semua ahli keluarga bersatu untuk jaga ayah”.

“Dua minggu ini dapat lihat yang ayah dah kurang cakap. Tentang makanan, ayah hanya minum susu saja dan tidak ambil makanan solid”.

Bercerita tentang barah ayahnya itu, Safinas menjelaskan bahawa ianya mula dikesan empat tahun yang lalu dan ianya sudah berada di tahap empat.

“Barah usus ayah mula diketahui pada tahun 2016 dan masa itu pegawai perubatan beritahu ianya dah pun pada peringkat yang ke empat. Selepas buat 12 round kimoterapi, ayah dah taka da tunjuk simptom kanser dan pegawai perubatan kata ayah bebas barah pada masa tu.

“Namun begitu, pada awal tahun ini simptom datang semula, dan barah merebak ke bahagian hati. Ianya jadi aktif dan doctor bagitahu ayah kini ada barah hati. Bila dah tahu, ayah kata dia tidak mahu buat sebarang rawatan. Oleh yang demikian, kami adik beradik hormati keputusan ayah.

“Jadi setelah empat tahun buat kimoterapi, kalau ikutkan ayah sihat. Malah ayah juga sering bersenam dan jaga makanan. Namun pada awal tahun ini, bila kena barah semula, kami sekeluarga anggap ianya suratan takdir”.

Setelah berita Abu Bakar Juah hidap barah tersebar, ramai rakan artis yang datang melawatnya antaranya Didie Alias, Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Elly Mazlein dan juga pihak Seniman serta ramai lagi.