Pengarah terkejut, nafi ada adegan seperti itu dalam drama

4,404 views

Ketika ini sedang hangat diperkatakan tetang aksi antara pelakon Zul Ariffin bersama Intan Najuwa. Kalau korang nak tahu, drama lakonan mereka kini sedang ditayangakan di televisyen, namun ramai yang sedang jadikan mereka sebagai buah mulut kerana tersebarnya gambar antara mereka yang agak mesra bersama.

Dari beberapa media hiburan, ada beberapa keeping gambar menunjukkan Zul Ariffin sedang beraksi dalam air, mandi manda bersama Intan Najuwa, kalau dilihat ianya berlaku di tepi pantai. Sampai kena dukung Intan Najuwa dengan Zul Ariffin.

Ini sekaligus mencetuskan pertanyaan dari orang ramai, adakah ini satu lagi gimik untuk promosikan drama lakonan mereka iaitu drama Setelah Ku Dimiliki di TV3.

Menjawab persoalan yang bermain di minda para netizen, akhirnya penarah popular Osman Ali tampil memberi komen. Ternyata Osman Ali amat terkejut dengan gambar berkenaan.

“Sangat terkejut dengan tersebarnya gambar itu” itulah ulasan dari Osman Ali tentang gambar mesra Zul Ariffin dan Intan Najuwa yang dikaitkan dengan drama arahannya itu.

Osman telah menidakkan dan bertegas bahawa gambar itu bukan gimik untuk naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki.

Kata Osman lagi, dia tak ada kat lokasi ketiak penggambaran montaj honey moon melibatkan Zul Ariffin dan juga Intan Najuwa sebagai pelakon utama yang memainkan watak Adriz dan Sarra.

Ketika itu Osman berada di KL kerana ada urusan dan tanggungjawab arahan untuk montaj itu diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.

“Saya agak terkilan kenapa ada pihak yang mahu sebar dan viralkan gambar itu. Saya kalau boleh tak nak ada elemen seperti itu dalam drama.

“Namun, saya dah dapatkan kepastian dari semua pihak yang terbabit di lokasi dan ternyata jelas tiada langsung penggambaran berkenaan dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki”.

Dek kerana nama penolong pengarah turut naik, Jai turut membuat sediit kenyataan tentang hal itu. Jai berkata dia ada buat dua versi penggambaran akan tetapi kedua-dua tidak ada adegan seperti dalam gambar yang viral itu.

“Saya ada shooting dua version akan tetapi babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa shooting version kali kedua kerana pantai versi pertama tak berapa menarik.

“Gambar mesra dalam laut macam viral itu tak ada dalam footage kamera kami dan saya memang tak tahu apa-apa tentang gambar itu. Tak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan,”

Itulah komen dari pengarah dan juga penolong pengarah drama berjudul Setelah Ku Dimiliki tentang gambar yang viral itu.

Intan Najuwa dan Zul Ariffin sehingga kini masih belum ada memberi jawapan tentang isu ini. Kita tunggu respon dari mereka berdua nanti.