Penghantar makanan Food Panda ini kini dicari orang ramai, baca kisahnya

3,774 views

Pada zaman serba moden sekarang semuanya sudah tahu akan kewujudan penghantar makanan yg memang dah popular di Malaysia iaitu Food Panda. Boleh dikatakan penggunaan Food Panda kini kian pesat bekembang.

Dalam perkembangan terbaru, telah jadi viral apabila ada seorang driver Foodpanda yang baik hati telah mengalihkan paip besi yang berada di jalan dekat Sunway, Subang.

Akibat daripada tindakan mulia lelaki itu yang telah dirakam oleh pengguna jalan raya tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif dan pujian para netizen.

“Haii Malaysian, siapa yg ada knal abang panda tolong panjangkan message sy kpd beliau. Petang tadi sy lalu di Sunway dan masa itu hujan lebat. Tetiba dia benti dpn saya secara brake kecemasan untuk kutip batang besi yg agk panjang di tgah jalan. Sy sangat malu dengan keprihatinan beliauu. Sy sgt bangga dgn sifat beliau. Ingin jumpa beliau dan nak menghulurkan sedikit bantuan ikhlas untuk ringankan beban beliau”.

Status yang telah dimuat naik pada hari Isnin lalu oleh facebook bernama Dgsw Goh dan sampai kini telah mempunyai hampir 5,000 like di laman Facebook.

Ramai pengguna laman sosial Facebook turut memberikan komen pujian dengan sikap prihatin dan murni driver Food Panda tersebut.

Ini antara komen yang ditulis netizen: “Kalau tidak ada mereka maka berlaparlah para ibu yg sedang mengandung, orang tua yg uzur, adik serta kakak yg tak sempat nak beli makanan, budak sekolah yangg ibunya tak sempat nk masak. Delivery man, we salute you.

Rata-rata netizen berharap agar driver Foodpanda itu ditemui oleh pengguna FB bernama Dgsw Goh itu kerana sikap murninya sangat dan jarang ditemui pada zaman ini. Semoga tuhan mencucuri rahmat buat insan ini. Marilah kita sama contohi sikap yg macam ini ye.

Share this on...