Penjelasan Ali Puteh, apa yang berlaku tentang kakak iparnya

13,954 views

Adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh telah menjawab dan memberi penjelasan tentang kes yang berlaku menerusi video viral dari Dato Seri Aliff Syukri dan juga balu Abam atau isteri arwah Abam bernama Hidayah. Antara point yang Ali Puteh nak jawab ialah tentang telefon, wallet, kereta, dan juga dakwaan Hidayah keluar tanpa sebarang harta peninggalan.

Yang pertama ialah tentang telefon yang diambil oleh Ali Puteh. Ini komen Ali tentang kenapa dia ambil telefon itu: “Isu Ali ambil telefon ini sebab segala kerja arwah Abam ada dalam telefon itu, sebelum ini sayalah adik, sayalah PA dan sayalah driver Abam. Saya tahu handphone dia tu untuk apa. Pertamanya ambil telefon tu bukan sebab harta, tapi nak tahu hutang piutang dan kerja dia (yang tertangguh). Handphone kita terpaksa ambil dulu untuk selesaikan dan bila semua dah clear, ambillah telefon tu. Saya tak perlukan telefon itu pun. Masing-masing dah arwah belikan telefon sorang sebijik sebelum ini.”

Ini pula penjelasan tentang wallet yang diambil oleh Ali. Jelas Ali perkara ini sangat besar sebab dakwa keluarga kami ambil wallet. Ini komennya: “Saya dan arwah ada dalam Seniman jadi ambil wallet untuk tahu nombor kad seniman Abam. Walet yang dipulang hanya ada berapa kad dan langsung tak ada duit. Bila tanya balu, dia kata memang tak ada duit dalam wallet itu. Kemudian ambil nombor dan kad seniman dan kemudian tergerak hati untuk check dan lihat tak ada kad bank dalam wallet tu. Bila tanya balu Abam, dia kata dia pegang. Saya cakap kenapa kau pegang, sebab kita dah janji akan urus satu persatu. Kenapa asingkan dari wallet ini. Dalam ni ada wang, dan hukum faraid belum di kira. Kita kena kumpul untuk difaraidkan.

Yang ketiga, adalah tentang kereta yang dimiliki oleh arwah Abam. Jelas Ali Puteh, Abam ada dua buah kereta iaitu Velfire dan juga Myvi. Sebenarnya hal ini dah dibincangkan dengan balu Abam.

Ini cerita Ali tentang kereta: “Saya tahu amaun bulanan Velfire. Jadi bila Abam meninggal kereta itu adalah hutang dan amaun adalah RM2500 sebulan. Kalau Hidayah mampu bayar RM2500, ambillah kereta ini. Saya tak nak ambil kerana teringat arwah kalau bawa kereta ini.

“Kemudian tentang kereta Myvi. Sebenarnya Myvi ini bukan milik Abam tapi milik seorang pakcik. Abam ambil dan sambung bayar. Sebelum meninggal, Abam ada jumpa pakcik ini untuk bayar habis dan nak tukar atas nama isteri Abam, memang arwah beli untuk isteri (Hidayah). Benda itu saya bercakap dengan Hidayah, buat masa sekarang tengah kelam kabut, saya akan susun satu persatu. Saya tak nak ambil pun kereta tu.

Kemudian, isu tentang anak Hidayah yang sakit dan kononnya dia tak diberi kebenaran untuk dibawa ke klinik, kata Ali, sebenarnya Pojie (kenalan keluarga) telah naik Myvi itu dan bawa anak tersebut ke klinik pada hari keempat pemergian Abam. Ali kata Hidayah tak bawa anak kecil tu ke klinik dan ibu arwah Abam yang perasan anak kecil itu demam.

Yang keempat tentang Hidayah keluar dari rumah dan kononnya sehelai sepinggang. Ini komen Ali: “Saya ada satu minggu di rumah itu dengan mak saya. Dia adalah balu arwah dan anak itu adalah waris. Kita nak jaga anak waris itu macam arwah jaga. Isu halau keluar rumah itu tak wujud. Sejujurnya dia yang nak keluar. Pada hari keenam, dia ambil keputusan nak keluar dengan ibu bapanya. Kita dah beritahu yang hari ketujuh nak buat tahlil. Dia tetap nak balik juga, terpulang. Isu halau tu tak mungkin.

“Mustahil dia keluar sehelai sepinggang. Pada hari ketiga, ada makluman tentang ada sumbangan atas nama balu. Saya tengok ada nombor akaun atas nama Hidayah. Saya tanya dia dan dia kata memang betul. Saya kata kenapa sebarkan nombor kerana kalau minta sumbangan nampak macam kita tak bagi apa-apa kat dia. Kalau orang datang rumah bagi sedekah tu lain. Dan jumlah sumbangan itu masuk akaun nombor dia. Saya tak tanya pun berapa akaun. Dan pada hari dia pergi tu, kami tengok tak ada barang dalam bilik itu. Banyak barang yang tak ada, termasuk barang bernilai macam jam tangan beribu. Kami adik beradik tahu. Semua barang tak ada. Makna nya dia keluar bukan sehelai sepinggang. Kalau ikutkan semua kena faraid. Faraid ini ada tiga, ibu arwah dapat, balu dapat dan yang lain semua waris anak lelaki yang dapat. Saya dan adik beradik langsung tak ada.”

Itulah penjelasan dari Ali Puteh tentang hal ini. Nampaknya ini yang terjadi kepada keluarga arwah Abam Bocey. Semoga segalanya diselesaikan dengan baik.