Peserta AF4 pergi buat selamanya, tunang terkejut

4,920 views

Penyanyi hasil dari program reality popular Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Shazroul Fazlie telah pergi buat selamanya apabila arwah menghembuskan nafas nya yg terakhir di Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 6.20 petang, semalam. Dari laporan, Shazroul alami jangkitan kuman di bahagia usus nya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada Shazroul. Katanya, Allahyarham mula jatuh saakit secara tiba-tiba pada tarikh 10 September lalu iaitu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

Ibunya menambah arwah Shazroul telah turun berat badan dengan begitu mendadak sekali iaitu dari 61 kilogram kepada 45 kilogram sepanjang dua minggu mula jatuh sakit.

Ketika jalani rawatan, arwah Shazroul telah buat dua pembedahan pemotongan usus yang bocor sepanjang kira-kira 90 sentimeter iaitu pada tarikh 10 September dan juga 21 September yang lalu.

Kisah pemergian penyanyi ini ditambah sayu apabila dia juga dah bertunang dan dalam perancangan untuk bernikah. Tunang kepada arwah Shazroul, iaitu Nur Afiqah Syaqira, memang terkejut dengan pemergian tunangnya itu.

Nur Afiqah menyatakan, ikut rancangan awal, mereka berdua patutnya melangsungkan majlis nikah pada bulan Julai yang lepas akan tetapi mereka telah tangguhkan rancangan berkenaan setelah arwah Shazroul telah berpindah ke Langkawi kerana kerja.

Ini komen tuning Shazroul: “Kami berdua patut kahwin pd bln Julai lepas tetapi krn arwah pindah kerja ke Langkawi, kami terpaksa tunda utk kahwin pd tahun depan. Segala persiapan kahwin dah buat, kad undangan dan baju nikah pun saya dah simpan dlm almari. Sy tidak sangka arwah akan pergi tinggalkan sy. Dalam jam 6.30 pagi tadi sy diberitahu oleh rakan bahawa dia dah tiada. Saya terkejut hampir mahu pengsan”

Jenazah arwah Shazroul dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di Ampang selepas pada pagi hari Khamis.

Allahyarham Shazroul sebelum ini pernah hadir dengan album berjudul Cuma dan turut pernah berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu diberi nama Pencuri Hati.

Af4 dimenangi oleh Faizal (tempat pertama), Lotter dan juga Farhan.