Peserta Big Stage, Sandra tak sedarkan diri, terlibat dalam kemalangan jalanraya

5,816 views

Penyanyi yang merupakan salah seorang peserta program realiti nyanyian Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne dilaporkan berada dalam keadaan tak sedarkan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Hal ini telah disahkan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music, bernama Vea. Insiden berkenaan berlaku ketika penyanyi ini dalam perjalanan menuju ke Putrajaya, petang hari Sabtu.

Jelasnya lagi, Sandra kini dikejarkan ke hospital Putrajaya dan telah menerima rawatan dan kini berada di unit rawatan rapi untuk pengawasan lebih lanjut.

Ini kenyataan dari Vea. “Semasa kejadian berlaku, Sandra bersama sepupunya dalam perjalanan munuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC. Masa tu dia nak datang untuk latihan konsert mingguan rancangan Big Stage.

“Buat masa ni, pihak kami belum dapat butiran secara terperinci macam mana nahas berkenaan terjadi. Kami masih nantikan penjelasan dari pihak pegawai perubatan yang merawat Sandra, untuk tahu keadaan terkininya.

“Dari laporan awal, apa yang diberitahu, Sandra masih tak sedarkan diri dan masuk unit kecemasan dari pukul 3 petang. Apapun, family Sandra dah datang dan menemaninya kat hospital sekarang.  Marilah doakan buat Sandra sapaya semua urusan akan dipermudahkan”.

Dari satu laporan Sandra, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong, yang mana ada laporan mengatakan kereta di depan mereka brake secara mengejut.

Ada beberapa keping foto menunjukkan keadaan kereta Sandra itu. Agak teruk juga keadaannya, bahagian bonet depan habis kemek serta cermin pecah dan tercabut. Malahan, cermin di belakang juga telah pecah.

Bercakap tentang statusnya dalam rancangan Big Stage, sampai sekarang pembabitan penyanyi berasal dari Sabah ini untuk konsert keempat rancangan itu masih belum diketahui lagi.

Kepada semua peminat, sama-samalah kita doakan agar Sandra tidak mengalami kecederaan yang serius dan akan cepat sembuh.

Share this on...