Polis akan panggil Neelofa dan PU Riz, siasat isu honeymoon di Langkawi

3,268 views

Pihak polis mengesahkan bahawa satu siasatan akan dijalankan tentang dakwaan pasangan pengantin baru iaitu Neelofa dan Haris Ismail sedang berbulan madu di Langkawi, Kedah.

Hal ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Isu ini mula timbul setelah ada laporan dari pihak media mengatakan ada gambar yang tersebar menunjukkan Neelofa dan PU Riz dipercayai berbulan madu di Langkawi setelah bernikah.

Ini kenyataan dari pihak polis tentang isu ini: “Kita akan menyiasat tentang perkara ini samada ianya betul atau pun tak.”

Jika mereka berdua didapati berbulan madu di pulau peranginan tersebut seperti yang didawka dan dilaporkan, memang dah jelas ianya melanggar prosedur operasi standard di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan buat siasatan.”

Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan oleh pihak kerajaan hanya memberi izin pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) saja bukannya PKBB.”

Para pelancong juga kena buat tempahan melalui agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bermula 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan saja.”

Dalam pada itu, polis juga dah sahkan penganjur majlis perkahwinan dan juga pembantu peribadi Neelofa telah datang ke balai polis pada hari ini untuk siasatan berkaitan majlis perkahwinan mereka hujung minggu lalu yang dilihat tidak mengikut SOP.

Pengasas Reka Teemor dikatakan telah disiasat selama dua jam manakala pembantu Neelofa bernama Nadiah datang ditemani pihak peguam.

Sementara itu, polis juga akan tetap memanggil Neelofa serta suaminya PU Riz untuk keterengan lanjut kelak.

Kami akan tetap panggil Neelofa dan PU Riz dalam masa yang terdekat ini,” Itulah kenyataan dari pihak polis tentang isu SOP melibatkan perkahwinan Neelofa.